
Nak masak Nasi Goreng Telur simple yang cepat, mudah dan pasti sedap? Resipi ni sesuai untuk semua, terutama bila ada lebihan nasi semalam.
Hanya beberapa bahan asas, tapi rasanya boleh buat keluarga tersenyum puas. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam yang cepat tapi sedap.
Dengan langkah-langkah mudah, anda boleh sediakan nasi goreng yang simple tapi sedap seperti di kedai makan tanpa susah payah.
Baca juga: Nasi Goreng Terlebih Masin? Ini Cara Kurangkan Masin Tanpa Perlu Masak Semula
NASI GORENG TELUR SIMPLE

Bahan-bahan:
- 2 cawan nasi putih (lebih sedap jika gunakan nasi semalam)
- 1 biji bawang besar
- 2-3 ulas bawang putih
- 3-4 biji cili kering (rendam air panas)
- Segenggam ikan bilis
- 1-2 biji telur
- Garam secukup rasa
- Gula secubit
- Serbuk perasa (pilihan)
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk bawang besar, bawang putih, cili kering dan ikan bilis hingga hancur.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan garam, gula dan sedikit serbuk perasa.
4. Gemburkan nasi supaya tak bergentel. Gaul rata dengan bahan tumis tadi.
5. Goreng telur hancur dan letakkan tepi. Selepas itu, gaulkan telur bersama nasi.
Tips Tambahan Untuk Nasi Goreng Telur Lebih Sedap
- Nasi semalam lebih mudah digaul dan rasa lebih sedap.
- Boleh goreng telur hancur, separuh masak atau telur mata ikut selera.
- Tambah lebih cili kering atau cili padi jika suka pedas.
- Goreng dahulu ikan bilis sebelum tumbuk untuk tekstur lebih rangup.
Resipi Nasi Goreng Telur simple bukan sahaja cepat dan mudah, tapi juga sesuai untuk semua peringkat umur. Cuba resipi ini hari ini dan rasai sendiri kenikmatannya yang pasti buat semua tersenyum!
Selamat mencuba!
Sumber: Ieyna Haslina
Baca juga: Cara Masak Nasi Goreng Tomyam Sedap Macam Dekat Kedai Thai, Rasa Masam Pedas Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














