
Kalau ada baki nasi semalam, jangan buang! Dengan beberapa bahan ringkas, anda boleh sediakan nasi goreng simple telur yang wangi, sedap dan cepat siap. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau waktu lapar lewat malam.
Resipi ini mudah ikut, tak perlukan skil memasak tinggi. Cuma tumis bahan asas, masukkan telur dan nasi, gaul rata, siap! Untuk lebih sedap, boleh hidang bersama ikan masin atau sambal.
Baca juga: Nasi Goreng Terlebih Masin? Ini Cara Kurangkan Masin Tanpa Perlu Masak Semula
RESIPI NASI GORENG SIMPLE TELUR

Bahan-bahan:
- 4–5 biji cili api, ditumbuk halus
- 2 biji bawang kecil, dicincang
- 1 ulas bawang putih, diketuk
- 1 genggam ikan bilis
- 2 biji telur
- 2–3 cawan baki nasi semalam (lebih baik sejuk)
- Garam secukup rasa
- Serbuk perasa (pilihan, untuk rasa lebih padu)
- Serbuk kunyit sedikit (jika mahu warna kuning cantik)
Cara-cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan bilis hingga garing. Ketepikan sekejap.
2. Masukkan cili api, bawang kecil dan bawang putih ke dalam kuali. Tumis hingga naik bau harum.
3. Pecahkan telur ke dalam kuali dan kacau separuh masak (suku masak). Tabur sedikit serbuk kunyit jika mahu warna kuning cantik.
4. Masukkan nasi sejuk sedikit demi sedikit. Gaul rata supaya bahan tumis dan telur sebati dengan nasi.
5. Tambah garam dan serbuk perasa secukup rasa. Gaul 4–5 minit sehingga nasi panas. Hidangkan bersama ikan masin atau sambal.
Tips Untuk Nasi Goreng Simple Telur Lebih Sedap
- Gunakan nasi semalam supaya nasi goreng tidak lembik.
- Tambah cili kering kisar jika suka pedas lebih.
- Masukkan sayur seperti carrot atau kacang panjang untuk lebih berkhasiat.
- Minyak jangan terlalu banyak supaya nasi goreng tidak berminyak.
Resipi nasi goreng simple telur ini cepat, mudah dan sedap. Sesuai untuk bila-bila masa anda lapar, tanpa perlu bahan yang banyak.
Selamat mencuba!
Sumber: Liana Ana
Baca juga: Resepi Nasi Goreng Sosej Mudah & Sedap, Guna Bahan Simple Tapi Rasa Padu!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














