Siapa yang membesar pada zaman 70 hingga 80an, pasti pernah merasa nasi goreng kunyit legend. Inilah cara orang dulu-dulu memasak nasi goreng.
Hanya memerlukan beberapa bahan mudah iaitu nasi sejuk, bawang, kunyit dan garam. Jika ada telur, boleh letakkannya juga. Jika tak letak telur pun dah cukup sedap.
Kalau ada yang nak cuba, mari ikuti resipi lengkap di bawah. Nasi goreng ini sangat sedap dimakan bersama keropok ikan, ikan bilis goreng dan secawan teh o panas.
Baca juga: Nasi Goreng Cili Kering, Teringat Terus Nostalgia Di Kampung Halaman
NASI GORENG KUNYIT LEGEND
Bahan-bahan:
- 3 ulas bawang nerah
- 3 ulas bawang putih
- Serbuk kunyit
- Garam halus
- Nasi sejuk
- Minyak
- 2 biji telur
- 1/2 labu bawang besar
Cara memasak:
1. Pertama sekali, gaul nasi sejuk dengan serbuk kunyit dan garam. Gaul dengan rata menggunakan tangan. Ketepikan.
2. Dalam kuali, panaskan minyak dan tumis bawang merah serta bawang putih sehingga sedikit garing.
3. Apabila bawang sudah garing, masukkan nasi sejuk yang sudah digaul dengan serbuk kunyit dan garam tadi. Gaul sehingga semuanya sebati.
4. Alihkan nasi ketepi periuk, tambah sedikit minyak dan masukkan 2 biji telur. Kacau telur sehingga masak, kemudian gaul dengan nasi tadi.
5. Masukkan juga bawang besar. Sambung gaul nasi sehingga garing.
6. Sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba!
Video penuh:
@as_3103 Nasi Goreng Kunyit Sesiapa yang membesar zaman 70-80an mesti pernah merasainya. Hanya perlu ada nasi sejuk,bawang, kunyit dan garam. Kalau ada telur baru masukkan telur. Kalau takda cukup setakat bawang sahaja. Itupun dah nikmat sangat. Makan bersama keropok ikan,ikan bilis goreng dan secawan teh o panas. Alhamdulillah. Bahan-bahan: 3 ulas bawang nerah 3 ulas bawang putih Serbuk kunyit Garam halus Nasi sejuk Minyak 2 biji telur 1/2 labu bawang besar #nasigorengkunyit #nasigoreng #roomcircletwd #asmasak2 #masakcarasaya
Kredit: TikTok As.Ibrahim
Baca juga: Nasi Goreng Telur ‘Chinese Style’ Yang Harum Semerbak, 5 Minit Dah Siap Masak!