Categories: Resipi

Nasi Goreng Butter Salmon, SEDAP Rasa BerLemak Dan Pedas-pedas Manja

Pernah cuba Nasi Goreng Butter Salmon? Memang sedap dengan rasa berlemak dari butter dan salmon serta pedas-pedas manja dari cili merah kisar ini.

Baca juga: Pistachio Crusted Salmon, Bakar 6 Minit Je Guna Air Fryer!

Hidangan ini diinspirasikan dari nasi goreng ala jepun kerana menggunakan isi salmon sebagai bahan rencah. Cuma kita ‘adjust’ sedikit dengan meletakkan cili kisar supaya sesuai dengan tekak melayu.

Kaedah nak memasak pun mudah untuk diikuti. Tumis seperti nasi goreng yang biasa kita buat dan walla, siap!

Ikuti resipi dari perkongsian @adikfoods dari laman TikTok ini yang sudah meraih tontonan sehingga 300k ini. Memang menarik untuk dicuba! 


RESIPI NASI GORENG BUTTER SALMON

Sedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat!

Bahan-bahan:

  • Nasi putih semalaman
  • Salmon – potong dadu sederhana
  • Butter
  • 2 biji telur
  • Sayur Baby Spinach
  • Sedikit lada hitam
  • Minyak zaitun untuk menumis

Bahan kisar:

  • 3 tangkai cili merah
  • 1 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula, goreng dahulu isi ikan salmon dengan minyak zaitun. Tos dan ketepikan.

2. Kemudian, cairkan butter dan tumiskan bahan kisar sehingga naik bau. 

3. Bila dah mula terbit minyak, masukkan telur dan scrambble kan ia.

4. Masukkan nasi putih semalaman dan kacau bagi sebati. Boleh masukkan bahan perasa.

5. Goreng sehingga nasi itu nampak berasap-asap. Masa ini dah boleh masukkan sayur rencah iaitu baby spinach.

6. Akhir sekali, masukkan isi salmon yang sudah digoreng tadi. Gaul bagi sebati.

7. Boleh tutup api dan sedia untuk dihidang. 

Video penuh:

@adikfoods

Adik’s Nasi Goreng Butter Salmon. Sedap dengan rasa lemak dari butter dan salmon serta rasa pedas-pedas manja dari cabai merah besor. Kome nak rasa pedas menyengat letak lebih cabai burung. Sayur boleh guna sayur Baby Spinach atau sayur hijau yang lain. Moh le buat! . ⏯ Kredit lagu : Giorno Di Mercato . 🅱️Bahan-bahan 4 cawan nasi 2 keping ikan Salmon – potong dadu, buang tulang 250g Baby Spinach 3 biji telur Serbuk lada hitam / putih Garam dan Perasa kegemaran ▪️ Bahan Kisar 5 biji cili merah besar 5 biji cili padi 5 ulas bawang putih 1 biji bawang besar merah #FoodFestOnTikTok #friedrice #salmon #makanlokal #tiktokmy #tiktokindonesia #tiktokmalaysia #tiktoksingapore #tiktokbrunei #fyp #fypシ #foryourpage #foryou #masak #makan #resep #reseptiktok #adikfoods #adikfoodsrecipe

♬ original sound – AdikFoodS – AdikFoodS


Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Butter Salmon ini.

Baca juga: Resipi Salmon With Creamy Lemon Sauce, Mudah Dan Sedap!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Cara Buat Puding Mangga Yang Lembut, Puas Hati Tengok Buah Penuh!

Resepi puding mangga ini memang sedap dan 'meriah' dengan buah mangga. Memang tak kedekut langsung!…

3 days ago

Peniaga Ini Dedah Rahsia Buat Burger Jadi Sedap, Patutlah Burger Tepi Jalan Sedap Lain Macam!

Pernah tak tertanya-tanya apa resepi burger yang selalu dijual di gerai tepi jalan itu? Kenapa…

3 days ago

Kek Sarang Semut Bakar Atas Dapur Gas, Tak Perap Pun Tetap Lembut Berongga!

Sudah sering buat kek secara kukus, sekali-sekala nak cuba cara bakar pula. Kali ini kami…

3 days ago

Cara Masak Sambal Ronggeng Yang Rangup Kruk Krap, Boleh Tahan Lebih 3 Bulan!

Tak dinafikan mereka yang suka memasak pasti seronok apabila dapat membuat pelbagai jenis sambal dan…

3 days ago

Resipi Roti Goreng Keju Bersama Hirisan Ayam, Snek Rangup Untuk Si Kecil

Resipi roti goreng keju bersama hirisan ayam ini sangat sesuai sebagai kudapan untuk anak-anak. Walaupun…

3 days ago

Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!

Selalunya bila masak mee kuning, pasti ada rasa kapur, kan? Ini boleh membantutkan selera makan…

3 days ago