Categories: Resipi

Nasi Goreng Barbie? Malaysia Pun Terjangkit ‘Virus Pink’, Ini Resipi Unik Boleh Dicuba

Disebabkan ‘Demam Barbie’ mula melanda, tak sangka tercipta pula Nasi Goreng Barbie menerusi video @shafuan_hiri di TikTok ini. Semuanya disebabkan filem Barbie yang sudah mula ditayangkan pada 19 Julai yang lalu di seluruh pawagam.

Perkongsian beliau telah meraih sehingga 19k tontonan dan telah mendapat pelbagai reaksi di ruangan komen. 

Bukan itu saja, banyak jenama fesyen dan makanan di seluruh dunia bekerjasama dengan Warner Bross untuk mempromosikan filem Barbie live-action ini.

Baca juga: Fuh, Tak Sangka Petai Pun Boleh Jadi Aiskrim, Ini Resipi Untuk Dicuba!

Bagi anda yang mempunyai anak-anak yang meminati Barbie, tentunya teruja ingin mencuba resipi unik ini. Jangan risau, hidangan ini memang boleh dimakan dan rasanya juga tidak berubah walaupun berwarna merah jambu.

Ikuti cara-cara penyediaannya di bawah. 


RESIPI NASI GORENG BARBIE

Bahan-bahan:

  • Nasi sejuk
  • Minyak masak
  • 1 biji bawang merah – potong dadu
  • 1 ulas bawang putih – potong dadu
  • 5 -7 cili api – ikut kepedasan masing-masing
  • Ayam potong dadu – gaul dengan kunyit
  • Sayur campur
  • Garam dan gula secukupnya
  • 1 sudu kecil pewarna makanan merah

Cara-cara memasak:

1. Mula-mula tumis dahulu bawang merah, bawang putih serta cili api sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan isi ayam yang telah dipotong dadu dan digaul bersama kunyit. Tumis hingga isi ayam masak.

3. Masukkan pula sayur campur. Gaul sebati.

4. Masukkan pula pewarna makanan berwarna merah, hanya satu sudu kecil dan gaul bagi warnanya sebati.

5. Akhir sekali masukkan nasi sejuk dan kacau rata. Boleh perasakan dengan garam dan gula.

6. Sedia untuk dihidang.

Video penuh:

@shafuan_hiri

Replying to @Chan👄 disebabkan sekarang tengah demam Barbie, hari ni aku nak buat NASI GORENG BARBIE, PONDAN MEREMPAN ok jer kan? #fyp #makanan #makananviral #masakan #asmr #mukbang #cooking #eating #parody

♬ original sound – Squigglymack – Squigglymack


Selamat mencuba resipi Nasi Goreng Barbie ini. Anak-anak perempuan mesti lagi teruja nak makan! Agak-agak apa lagi makanan yang bertemakan merah jambu yang anda boleh cuba? Jom kongsi di ruangan komen.

Baca juga: Buah Kurma Campur Butter Viral, Memang Tak Berhenti Makan Dibuatnya!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Resepi Puteri Ayu Sukatan Cawan, Gebu Elok Siap Semerbak Bau Pandan!

Selalu nampak peniaga jual Puteri Ayu yang elok gebu sampaikan teringin buat di rumah. Sebenarnya,…

24 mins ago

Resipi Kek Batik Mudah, Penuh Rasa Coklat & Rangup Memang Tak Cukup Satu!

Hidangan yang tidak pernah jemu dengan gabungan rasa coklat pekat dan biskut rangup. Resipi kek…

1 hour ago

Resipi Nasi Goreng Tomyam Semudah ABC, Masak Sendiri Lagi Sedap Dari Kedai!

Sebut sahaja resepi nasi goreng tomyam tentunya anda membayangkan kelazatan nasi putih yang digoreng bersama…

17 hours ago

5 Jenis Santan Kotak Dan Kegunaannya, Kena Tahu Mana Yang Sesuai Untuk Masak Lebih Sedap

Paling dilema apabila beli santan kotak di kedai. Bukan apa, takut salah beli saja. Sebenarnya,…

18 hours ago

Cara Buat Cheesekut Guna Blender, Tak Banyak Bahan Tapi Penuh Berkrim!

Banyak resipi pencuci mulut yang mudah dibuat tanpa perlu bakar atau kukus. Kali ini, kami…

18 hours ago

Resipi Kek Batik Magnum Yang Unik, Bila Gigit Terasa Salutan Coklat Rangup!

Kek batik merupakan pencuci mulut yang sentiasa jadi pilihan ramai kerana ia mudah dibuat dan…

19 hours ago