nasi beriani ayam

Apabila makan di restoran Arab bersama keluarga tersayang, pasti takkan lepaskan peluang untuk makan Nasi Beriani Ayam. Kali ini, anda boleh buat sendiri dengan resipi lengkap ini.

Siapa boleh tahan dengan bau Nasi Beriani Ayam yang sedang dimasak, apatah lagi jika harum rempahnya sampai ke rumah sebelah? Memang tak senang duduk dibuatnya.

Jika anda ikut resipi dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Nor Asiah di Facebook ini, pasti selera keluarga di rumah terpikat. Jom kita cuba!

Baca juga: Resepi Nasi Arab Simple Beraroma, Ramai ‘Approve’ Sedap Setanding Kedai!

RESIPI NASI BERIANI AYAM

nasi beriani ayam

Bahan nasi beriani:

  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 batang cili besar hijau*
  • 1 inci halia*
  • 1 biji bawang besar holland (dimayang)
  • 4 atau 5 ulas bawang putih (tak perlu mayang)
  • Tomato puri
  • Susu cair
  • Garam
  • 1 ketul kiub ayam
  • Rempah beriani
  • 1 ekor ayam sederhana
  • Rempah kasar 4 sekawan
  • Sedikit minyak sapi

*Kisar bahan bertanda (*)

Cara-cara memasak nasi beriani:

1. Tumis rempah kasar 4 sekawan.

2. Masukkan bawang holland dan bawang putih, kemudian masak sampai kekuningan.

3. Masukkan bahan kisar dan rempah beriani, kemudian masak sampai pecah minyak.

4. Masukkan tomato puri, susu cair, garam dan kiub ayam.

5. Masukkan ayam dan biarkan sampai separuh masak.

6. Angkat ayam tadi dan letak dalam bekas asing.

7. Ambil kuah ayam tadi dan masukkan dalam periuk nasi.

8. Masukkan 5½ cawan air, ½ susu cair dan 4 cawan beras basmathi, kemudian masak nasi seperti biasa.

9. Masukkan 1 tangkai daun ketumbar dan 2 atau 3 sudu minyak sapi.

10. Akhir sekali, titik sedikit pewarna atau saffron.

nasi beriani ayam

Bahan kuah ayam (kisar sampai halus):

  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Daun ketumbar sekali batang
  • Bawang kecil
  • Cili hijau besar

Cara-cara memasak ayam:

1. Ambil ayam tadi, goreng agak sedikit perang, angkat dan toskan.

2. Tumis rempah beriani dan bahan kisar sampai wangi.

3. Masukkan tomato puri, sos tomato, susu cair dan 1 sudu air perahan lemon.

4. Masukkan sedikit sos tiram, secukup rasa, seketul kiub ayam dan garam.

5. Masukkan ayam goreng dan masak dalam 5 minit.

6. Tutup api dan masukkan daun ketumbar.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Cara Buat Nasi Beriani Simple Di Rumah, Ada Ayam Goreng Mamak Lagi Terangkat

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN