nasi ayam golek

Kali pertama dengar tentang Nasi Ayam Golek, terus kami begitu teruja untuk kongsikan dengan anda. Selalunya kita makan nasi ayam biasa, tapi kali ini lain dari yang lain.

Nasi Ayam Golek merupakan resipi menarik dengan gabungan nasi ayam dan ayam golek yang dikongsikan oleh Afy AL Habibi di Facebook. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara ‘Defrost’ Ayam Sepantas 5 Minit, Sekejap Je Dah Boleh Guna Untuk Masak!

RESIPI NASI AYAM GOLEK

nasi ayam golek

Bahan-bahan untuk sup ayam:

  • 1 uncang sup bunjut tulang
  • 1 kiub ayam Maggi
  • Ayam
  • Kaki ayam
  • Leher ayam
  • Garam bukit (garam biasa pun boleh)
  • Daun sup
  • Bawang goreng

Bahan-bahan untuk ayam golek:

Bahan-bahan untuk nasi:

  • Beras basmathi
  • Butter
  • Lemak ayam
  • Halia
  • Seulas bawang putih
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 helai daun pandan
  • Lebihan sup ayam

Bahan-bahan untuk sambal cili merah:

  • 5 tangkai cili merah
  • ½ biji tomato
  • ½ hiris nipis halia
  • 1 hiris bawang putih
  • Sos cili thai
  • 1 senduk Lebihan sup ayam

Bahan-bahan untuk sambal kicap:

  • Lebihan sos perapan ayam
  • Lebihan sup ayam
  • ½ sudu besar kicap sotong

Bahan-bahan untuk sambal halia:

  • Halia
  • Serbuk kiub
  • Lemak ayam atau butter

Bahan-bahan tambahan:

  • Salad
  • Tomato
  • Timun batang.

Cara-cara menyediakan sup ayam:

1. Didihkan air dalam periuk. Lebihkan air untuk masak nasi juga.

2. Masukkan 1 uncang sup bunjut tulang dan tambahkan 1 kiub ayam Maggi.

3. Kemudian, masukkan ayam (saya tambah sekali kaki dan leher ayam).

4. Perasakan dengan garam bukit atau garam biasa secukup rasa.

5. Keluarkan peha ayam setelah separa empuk, kemudian tambahkan daun sup dan sedikit bawang goreng. Siap!

nasi ayam golek

Cara-cara menyediakan ayam golek:

1. Kacau sebati semua bahan dan lumurkan pada peha ayam.

2. Selepas perap, jemur sekejap ayam di tempat panas dan biarkan selama lebih kurang setengah jam untuk dapatkan warna gorengan yang cantik.

3. Goreng dalam minyak panas. Sekejap saja sebab ayam dah separa masak. Siap!

Cara-cara menyediakan nasi:

1. Tumiskan sedikit butter. Nak cairkan lemak ayam pun boleh.

2. Masukkan halia, bawang putih, serai dan daun pandan.

3. Kemudian, masukkan beras basmathi yang telah dibasuh bersih dan ditoskan.

4. Balik-balikkan selama 4 minit.

5. Tambahkan sup ke dalam beras mengikut sukatan air yang sesuai dan masak seperti biasa. Siap!

Cara-cara menyediakan sambal cili merah:

1. Masukkan semua bahan tadi dalam mesin pengisar.

2. Tambahkan sos cili thai jika suka dan sup ayam.

3. Kisar sehingga halus.

4. Panaskan seketika atas api perlahan. Perasakan dengan gula perang atau nisan, garam, gula secukup rasa. Siap!

Cara-cara menyediakan sambal kicap:

1. Gunakan lebihan sos perapan ayam tadi, boleh tambahkan jika sos sedikit.

2. Masukkan sedikit sup ayam dan kicap sotong.

3. Biarkan ia mendidih halus sebelum ditutup apinya. Siap!

Cara-cara menyediakan sambal halia:

1. Parut halia dan gaulkan dengan serbuk kiub.

2. Panaskan sedikit lemak ayam atau butter dan masukkan semua bahan tadi.

3. Kacau seketika sebelum ditutup apinya. Siap!

Jangan lupa untuk cuba resipi Nasi Ayam Golek yang luar biasa ini. Jika hidangkan depan mak mentua, pasti bakal dipuji nanti.

Selamat mencuba!

Sumber: Afy AL Habibi

Baca juga: Cara Buat Nasi Ayam Simple Di Rumah, Sedap Sampai Nak ‘Repeat’ Lagi!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN