Categories: Informasi

Nak Pergi Jepun? Ini 10 Restoran Halal Yang Korang Boleh Cari

Sekitar tahun 90-an sehingga ke pertengahan 2010, khabarnya memang sukar untuk pelancong Malaysia mencari tempat makan halal di negara Jepun.

Namun begitu, masalah ini nampak sudah selesai kerana berkat usaha pelbagai pihak seperti persatuan penduduk Muslim, serta pihak masjid di Jepun, keperluan restoran Halal telah mendapat perhatian oleh kerajaan dan masyarakat Jepun sendiri.

Kini, korang boleh mencari restoran halal hampir di semua lokasi utama di Jepun.

Baca juga: Lelaki Jepun Ini Buka Kedai Nasi Kandar Pertama di Tokyo, Setiap Hari ‘Sold Out’!

Berikut merupakan senarai restoran-restoran halal yang terdapat di Jepun menurut Sushi Travel-Trip Halal Jepun.


1. Restoran Malaysia Boleh


Lokasi: Osaka
Menu: Malaysian + Fusion food

Dimiliki sepenuhnya oleh seorang rakyat Jepun yang bernama Shingo. Individu ini sangat sukakan masakan Malaysia dan telah membuka restoran ini sejak 15 thaun yang lalu. Lokasinya terletak disebelah Umeda Sky Building di Osaka.


2. PY Halal Kitchen


Lokasi: Nara
Menu: Indian, Turkish, Japanese food

Terletak di bandar yang terkenal dengan rusa liar, iaitu Nara. Lokasinya begitu dekat dengan Nara Deer Park dan Kintetsu Nara Station. Apa yang paling menarik, surau turut disediakan disini.


3. Chicken Man


Lokasi: Ueno, Tokyo
Menu: Pelbagai menu berasaskan ayam

Terletak di Ameyoko market, Ueno. Ayat trademark kedai ini apabila orang Malaysia lalu ialan ‘Zizan makan sini’. Difahamkan ayam gorengnya memang sedap lebih-lebih lagi bila makan panas-panas waktu musim sejuk.


4. Coco Ichibanya Curry House


Lokasi: Akihabara, Tokyo
Menu: Japanese curry

Coco Ichibanya adalah francais yang terkenal di Jepun. Untuk menarik pengunjung Muslim, mereka membuka cawangan di Akihabara yang 100% halal.


5. La Toque


Lokasi: Narita Airport Terminal 2
Menu: Jappenese curry

Bagi yg menaiki flight JAL/ Mas/ANA/cathay boleh lah cuba makan di sini sebelum berlepas. Kedai ini dibuka seawal jam 8 pagi. Restoran ini terletak di balai perlepasan Narita Airport Terminal 2.


6. Ayam-Ya


Lokasi: Nihonbashi/Osaka/Ueno Tokyo/Kyoto
Menu: Halal Ramen

Berdekatan masjid As Salam Ueno, korang boleh rasa Ramen ala-ala Indonesia style yang pedas dan sedap.


7. Yoshiya


Lokasi: Arashiyama, Kyoto
Menu: Authentic Japanese food, Wagyu Beef, Tempura

Restoran ini menyajikan hidangan washoku yang sedap dan original. Terletak berdekatan Bamboo forest di Kyoto.


8. Malaychan


Lokasi: Ikebukuro, Tokyo
Menu: Malaysian food

Dimiliki oleh seorang wanita yang pernah tinggal di Malaysia selama lebih 15 tahun, ramai pelajar Malaysia yang suka kerja part time disini. Lokasi di West Gate Ikebukuro dalam 10 minit jalan kaki dari stesen.


9. Khazana


Lokasi: Odaiba, Tokyo/Minato Mirai, Yokohama
Menu: Indian Buffet Lunch

Terletak di dalam shopping mall Decks di Odaiba, korang boleh menikmati masakan India yang sedap sambil melihat pemandangan tepi laut Tokyo Bay dan Rainbow Bridge yang indah.


10. Hanasaka Jiisan


Lokasi: Shibuya, Tokyo
Menu: Halal Shabu Shabu (Japanese steamboat)

Agak sukar untuk mencari restoran ini kerana lokasinya agak tersorok. Daging yang digunakan adalah berkualiti baik walaupun sedikit mahal tapi berbaloi.


Semoga bermanfaat!

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

38 mins ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

56 mins ago

Resipi Ayam Goreng Tomyam Kering, Tak Berkuah Tapi Rasa Tomyam Tetap Menyerlah!

Ayam goreng tomyam kering ini sesuai untuk peminat lauk pedas yang mahukan kelainan daripada ayam…

2 hours ago

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

3 days ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

3 days ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

3 days ago