PENULIS
myResipi
KATEGORI
Artikel
POSTED ON
2020-07-20 09:39:40
Bila kena duduk jauh dari mak ayah ni mula laa nak rindu masakan mak kat rumah kan? Lagi – lagi bila mak buat pulut, cecah pulak dengan rendang… fuhh rindunyaa!
Sekarang ni dah ada cara paling senang untuk masak pulut, guna rice cooker je! Cepat pulak tu. Haa jom tengok perkongsian dari Ya Norma untuk cara-caranya.
Bahan-bahan:
2 cawan pulut
2 cawan air panas
1 cawan santan
1 sudu besar minyak masak
1 sudu kecil garam
Cara-cara:
1. Mula-mula, basuhkan beras pulut dengan teliti
Kredit: Sushi Maker
2. Kemudian masukkan 2 cawan air panas tadi bersama santan, minyak masak dan garam ke dalam rice cooker. Jangan lupa tekan tombol untuk memasak
Kredit: Shutter Stock
3. Buka penutup rice cooker bila nampak wap panas keluar untuk elakkan pulut jadi berketul.
Kredit: Simply Katie
4. Biarkan sampai pulut betul-betul masak
Kredit: Ya Norma
Siaapp untuk dihidang!
Kredit: Ya Norma
Sekejap je nak buat kan? Boleh la buat makan-makan dengan kawan-kawan kat rumah sewa! Selamat mencuba!
*Tips ini dikongsikan oleh Ya Norma dari Facebook
Kali ini, kami bawakan resipi swiss roll strawberi yang dijamin menjadi, menggunakan bahan-bahan asas yang…
Dah tak ada idea nak masak apa dengan lauk ayam? Apa kata jom cuba resepi…
Orang tua-tua selalu kata, jika tumis sambal, kena pecah minyak. Tapi, tak ramai yang faham…
Resipi lempeng ubi kayu sangat jarang ditemui, kebiasaannya hanya dijumpai di negeri Kelantan. Bagi penggemar…
Resipi pasta ayam goreng pedas ini bukan sahaja mudah untuk disediakan, tetapi rasa pedas dan…
Selain kek dan puding, ramai yang suka buat agar-agar sebagai pencuci mulut di rumah. Tak…