Categories: Tips & Petua

Nak Diet? Ini Senarai Makanan Dan Bahan Yang Boleh Membantu Anda

PENULIS

myResipi

KATEGORI

Artikel

POSTED ON

2020-08-21 07:52:11

Isu diet bukanlah perkara yang baru didengari dalam kalangan masyarakat kita. Masing-masing meletakkan azam untuk berusaha menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan diet. Namun, ianya bukanlah mudah untuk kekal konsisten. Itu tidak termasuk dengan senaman dan cara serta kaedah melawan nafsu makan yang membuak-buak. Pastinya proses diet ini adalah proses yang ngeri bagi sesetengah individu. Jadi, ini ada beberapa senarai bahan dan makanan yang sangat sesuai diamalkan untuk rutin diet. Jom ikuti perkongsian daripada Dee Diana Haser ini.
 

  1. Brokoli

    Kredit: Donna

    Brokoli ini biasanya direbus, dikukus atau juga boleh dimakan secara mentah.  Walaubagaimanapun, cara masak yang lebih baik adalah dengan cara dikukus. Sayur ini mengandungi kalori yang rendah, menjadikannya sangat sesuai diamalkan oleh orang-orang yang sedang berusaha untuk diet. Ianya juga mempunyai kuantiti yang tinggi dari segi tenaga, karbohidrat, vitamin, dan juga mineral yang sangat berguna untuk kesihatan badan kita
     

  2. Ubi Keledek


    Kredit: VOX

    Biasanya, keledek ini digunakan dalam masakan sebagai hidangan petang dalam bentuk kuih-muih mahupun goreng-gorengan. Namun, ubi keledek ini juga bagus untuk dimakan sebagai tujuan kesihatan. Khasiat yang terkandung dalam ubi keledek ini adalah seperti Vitamin B, C dan E yang sememangnya dapat membantu mengekalkan kesihatan dalaman. Ianya juga mengandungi protein, jadi anda boleh menggantikan makanan-makanan lain dengan memakan ubi keledek

  3. Lemon


    Kredit: Healthline

    Buah ini dapat membantu mengurangkan masalah berat badan berlebihan. Anda boleh mengamalkan minum air lemon semasa tempoh diet. Caranya adalah dengan mengambil jus lemon dan campurkan dengan segelas air suam serta madu. Biasanya, air lemon ini elok diminum pada setiap pagi

  4. Stevia


    Kredit: Medical News Today

    Stevia adalah sejenis daun herba yang dikatakan mampu membantu meningkatkan kesihatan. Daun stevia ini menjadi komponen pemanis utama yang mempunyai kesan antioksidan, antimikrob dan juga antikulat. Jadi, bagi anda yng ingin berdiet, anda boleh mula menggantikan pengambilan gula putih dengan stevia dalam makanan dan minuman.
     

  5. Garam bukit


    Kredit: Rasa

    Garam bukit ini sifatnya kemerah-merahan dan ianya seratus-peratus asli kerana hampir tidak diproses. Garam bukit ini mengandungi 84 elemen natural yang diperlukan tubuh manusia.Antaranya seperti potassium, kalsium dan zink. Garam bukit ini mampu meningkatkan kekuatan badan serta oksigen dalam badan. Ianya juga dapat menyerap vitamin dengan lebih sempurna ke dalam badan. Oleh itu, anda boleh menggantikan garam putih kepada garam bukit dalam masakan harian.
     

  6. Salad

    Kredit: dial2nature.com

    Pengambilan salad renyah dalam kehidupan seharian boleh membantu menurunkan dalam masa yang singkat. Ini kerana sayur ini kaya dengan serat. Salad mempunyai kesan positif kepada orang yang mempunyai masalah berat badan kerana ianya mampu meningkatkan proses pencernaan sekaligus mempercepat proses penurunan berat badan. Oleh itu, pengambilan salad ini sangat berkesan bagi orang yang sedang berusaha untuk diet.

Konklusinya, kita perlulah mengambil berat tentang pengambilan makanan dan minuman dalam kehidupan seharian supaya kesihatan kita lebih terjaga. Banyak sumber alam yang dapat membantu mengekalkan kekuatan tubuh badan. Oleh itu, sama-samalah kita memanfaatkannya sebaik mungkin.

myresipi

Recent Posts

Resipi Siakap Masak Asam, Lauk Kampung Masam Pedas Yang Buat Selera Terus ‘On’!

Kalau suka lauk yang ada rasa masam, pedas dan cukup berperisa, siakap masak asam ini…

1 hour ago

Keropok Takkan Cukup Sebungkus! Ini Resipi Sos Pencicah Sedap, Pedas & Cukup Rasa

Kalau keropok sudah ada di rumah, memang terasa kurang lengkap kalau tiada sos untuk dicicah.…

2 hours ago

Buat Mi Kari Tak Cukup Dengan Ayam & Udang, Cuba Tambah Ketam Dalam Kuah Pula…Slurpp!

Kalau selalu buat mee kari dengan ayam dan udang, kali ini cuba tambah ketam pula…

2 hours ago

Ayam Steam Ini Cuma Gaul Dengan Roasted Sesame, Tapi Rasanya Buat Suami Terus ‘Approved’!

Ayam steam ini nampak ringkas, tetapi cara perapannya cukup menarik kerana menggunakan roasted sesame sebagai…

2 hours ago

Cara Buat Donat Lembut Macam Kedai, Gebu Sampai Esok Dan Tak Serap Banyak Minyak Bila Goreng

Kalau sedang mencari cara buat donat lembut yang gebu dan masih sedap dinikmati keesokan hari,…

5 hours ago

Tip Pilih Buah Naga Merah, Kulit ‘Karat’ Rupanya Salah Satu Petua Nak Dapat Yang Manis

Kalau nak beli buah naga merah yang manis, jangan main capai sahaja di pasar atau…

14 hours ago