maggi chilli oil

Makin viral pula resepi ini dekat media sosial. Min pun dah terjebak sekali mencuba.

Serius nikmat gais. Paling penting, bajet makan pun jimat sebab guna tiga bahan sahaja.

Baca Juga: Resepi Maggi Kari Tumis, Simple je Tapi Rasa Padu!

Bagi korang yang sememangnya pencinta Maggi, sudah tentu bermacam jenis style masakan yang hendak dicuba kan?

Jadi, jom kita tengok cara-caranya di bawah.

 

Maggi Chili Oil

Bahan-bahan:

1 pek mi maggi perisa kari (perencah akan digunakan sekali)
1 ulas bawang putih (cincang)
1 pek chilli flakes (min guna HEXA)
3 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:

1. Rebus dahulu maggi seperti biasa, kemudian toskan.
2. Dalam mangkuk lain – campurkan serbuk maggi kari, bawang putih. chilli flakes.
3. Kemudian. panaskan minyak masak sekitar 5 minit dan tutup air.
4. Selepas itu, tuangkan ke dalam mangkuk campuran 3 bahan tadi dan kacau rata.
5. Akhir sekali, barulah campurkan chilli oil tadi ke dalam mi maggi.

Untuk hiasan, korang juga boleh goreng telur mata kerbau atau letak potongan daun bawang dan bijan.

Boleh tengok contoh video di bawah:

@bangman30

Maggi Chili Oil 🌶Jom upgrade maggi tengah malam kita. Rasa pedas dan berminyak tu sangat memuaskan. Daun bawang jangan lupa! #fyp #lapaqtengahmalam

♬ original sound – Bangman –

Selamat mencuba!


Sumber Video: TikTok Bangman 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN