resepi durian

Musim durian dah datang komer! Hari ini min nak kongsikan beberapa resepi yang korang boleh cuba.

Bagi penggemar raja buah ini, mesti kadang-kadang buntu sebab banyak sangat lebihan durian dan jemu nak buat tempoyak je kan?

Jom kita scroll beberapa idea untuk dibuat.


1. Aiskrim Durian

Bahan-bahan:

1/2 cawan Durian
1 – 2 Sudu besar Susu Pekat
250 ml Krim Putar
1/2 sudu kecil Ovalette
1/2 sudu kecil Esen Vanila
Pewarna Makanan (Kuning)

Cara-cara:

1. Kisarkan durian sehingga hancur. Masukkan susu dan kisar lagi.
2. Pukul krim putar (whipping cream) sehingga sedikit kembang.
3. Masukkan durian yang dikisar tadi, ovalette, esen vanila dan sedikit pewarna kuning dan pukul lagi sehingga adunan menjadi gebu.
4. Masukkan adunan ke dalam bekas yang bertutup dan bekukan.

Nota: Tak perlu kisar durian terlalu hancur jika nak ada rasa ketulan isi durian.


2. Cucur Durian

Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum
3/4 cawan air
1 sudu kecil garam
3 ulas durian

Cara-cara:

1. Tepung, garam dan air kacau hingga licin. Pastikan tepung tak terlalu cair dan tak terlalu keras. Celup ulasan durian masuk dalam tepung.
2. Gorengkan hingga jadi keperangan.


3. Pulut Durian

Bahan-bahan:

0-15 ulas durian.Kami guna D24
3 cawan beras pulut bukan tepung beras pulut ya
3 cawan air kosong
2 cawan santan pekat
2 ketul gula melaka kerek
1 helai daun pandan
Garam gula secukupnya

Cara-cara:

1. Rendam beras pulut 1-2 jam untuk melembutkannya. Cara tanak pulut ini pula, masukkan 3 cawan beras pulut tadi, 3 cawan air, sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh. Jika guna periuk biasa, buka api kecil dan masukkan semua bahan dan masak dengan api kecil. Tutup periuk. Setelah hampir masak baru dikacau sedikit. Jika anda tanak pulut dengan rice cooker, selepas butang COOK menjadi WARM, kacau pulut sekejap dan tekan sekali lagi butang COOK dan biarkan ianya masak sepenuhnya. Ketepikan pulut.
2. Tambahkan 2 cawan santan pekat bersama 1 1/2 cawan air. Simpulkan sehelai daun pandan dan letak sedikit garam dalam anggaran 1/2 sudu teh untuk melemakkan kuah santan dalam pulut durian kita nanti. Masak dengan api sederhana sehingga mendidih dan tutup api.
3. Parut gula melaka dengan pemarut untuk dapatkan hasil yang cantik. Untuk menghidang pulut bagi elakkan dari melekat, alaskan plastik pembungkus nasi ke dalam bekas dan barulah dimasukkan pulut.
4. Barulah tak menyusahkan kita sewaktu basuh nanti.
5. Masukkan satu dua ulas durian, pulut sebanyak yang disukai, gula melaka parut dan tambah kuah santan tadi.


4. Kuih Bingka Durian

Bahan-bahan:

3 biji telur
1 cawan santan pekat
2 1/4 cawan air
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar mentega
1 1/2 cawan isi durian
pewarna kuning
sedikit bijan

Cara-cara:

1. Panaskan oven pada suhu 200C, lenser loyang 9×9 inci dengan mentega. Ketepikan.
2. Satukan bahan-bahan diatas kecuali isi durian dalam satu bekas, kacau dengan whisk hingga semua bersatu.
3. Masukkan isi durian dalam adunan dan gaul rata. Blend semuanya. 4. Tuangkan dalam bekas dan gaul sebati.
5. Tuang dalam loyang yang telah di panaskan tadi. Bakar selama 1 jam atau hingga masak. Kalau nak permukaannya berkerak, tambah masa pembakaran. Saya tambah 10 minit lagi guna api atas sahaja supaya permukaannya garing.
6. Bila dah masak, sejukkan dan bolehlah di potong dan dihidangkan.
Tips:

Nota: Sebelum tuang adunan dalam loyang/acuan, pastikan acuan/loyang di lenser dengan butter dan panaskan terlebih dahulu dalam 3 minit. Kemudian tuang adunan, taburkan bijan dan bakar sehingga masak. Boleh guna guna acuan bahulu pecah 8 utk adunan di atas dan dapat dalam 4 keping kuih.


5. Durian Crepe Simple

Bahan untuk kulit:

Empat sudu besar tepung gandum
Empat sudu besar tepung ubi
Dua sudu besar tepung jagung
Dua sudu besar tepung kastard
Satu biji telur ayam gred A/B ( jika gred c/d guna dua biji)
Satu cawan susu segar/susu kotak kecil 250ml
Tiga sudu besar air
Dua sudu besar minyak masak
Garam
Pewarna

Cara buat:

1. Gaulkn semua bahan diatas. Kemudian, tapis kerna tak nak kasi nampk ketul-ketul.
2. Pakai kuali yang non stick atau kuali yang tidak melekat.

Bahan untuk inti crepe

Bahan A: Whipping cream non dairy – puat sampai kembang dan berkilat.

Bahan B:

Satu cawan susu segar
Satu sudu besar tepung kastard
Satu sudu besar gula (jika suka manis sila tambah )
Isi durian (saya guna isi tiga biji durian.Tiga biji tau, bukan 3 ulas

1. Masak bahan B durian crepe di atas hingga agak pekat.
2. Dah siap, tutup api dan biarkan sejukkan seketika.

Penyediaan Durian Crepe:

1. Atas kulit durian crepe tadi, pipingkan dulu whipping cream non dairy yang telah kita putar.
2. Kemudian baru letak isi durian.
3. Piping sekali lagi whipping cream atas isi durian sebelum lipat.
4. Step akhir, simpan dalam peti ais. Berdasarkan pengalaman, durian crepe tahan lama lebih kurang dalam dua bulan jika simpan pada bahagian sejuk beku. Cara nak buat durian crepe mudah je kan. Selamat mencuba semua.


Baca Juga: Musim Durian Datang Lagi, Jom Cuba Petua Hilangkan Bau Durian & Kurangkan Panas Badan!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN