Resipi muffin pisang coklat chip ini sangat sesuai untuk keluarga anda. Bahan-bahan yang mudah didapati dan langkah penyediaan juga ringkas sahaja
Walaupun nampak senang dan mudah, tapi hasil akhirnya akan mendapat muffin lembut serta gebu. Yang pastinya, anda jangan derhaka resipi!
Jom tengok resipi muffin pisang coklat chip yang dikongsikan menerusi laman muka buku.
Baca juga: Kole Kacang Anti Gagal, Tak Reti Buat Pun Hasil Tetap Cantik Menjadi!
RESIPI MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
Bahan-bahan:
- 3 cawan pisang lenyek (pisang berangan, lebih kurang 8 biji)
- 3 cawan tepung gandum (diayak)
- 2 sudu teh soda bikarbonat (diayak)
- 2 sudu teh baking powder (diayak)
- 1 cawan gula perang (boleh kurangkan jika menggunakan coklat chip)
- 1/2 cawan susu segar ditambah dengan 1 sudu besar jus limau (biarkan selama 15 minit)
- 1/2 cawan mentega cair
- 2 biji telur
- Esen vanila atau esen pisang secukupnya
- Coklat chip secukupnya
Cara Penyediaan:
1. Ayak tepung gandum, soda bikarbonat, dan baking powder. Ketepikan.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan pisang lenyek, gula perang, susu segar (yang telah dicampur dengan jus limau), mentega cair, telur, dan esen vanila atau esen pisang. Gaul rata sehingga sebati.
3. Masukkan campuran tepung yang telah diayak ke dalam adunan pisang. Gaul rata sehingga tiada ketulan tepung.
4. Tambahkan coklat chip ke dalam adunan dan gaul rata lagi.
5. Sudukan adunan ke dalam acuan muffin kegemaran anda sehingga hampir penuh.
6. Taburkan sedikit lagi coklat chip di atas adunan untuk hiasan.
7. Panaskan ketuhar kepada suhu 180°C.
8. Bakar muffin selama 25 hingga 30 minit atau sehingga muffin masak sepenuhnya (bergantung kepada jenis ketuhar masing-masing).
9. Anda boleh mencuba dengan mencucuk sebatang lidi ke dalam muffin. Jika lidi keluar bersih, muffin sudah masak.
10. Biarkan muffin sejuk seketika sebelum dikeluarkan dari acuan.
11. Muffin pisang coklat chip anda siap untuk dinikmati.
Selamat mencuba!
Sumber: Makcik Ratu
Baca juga: Cara Tanam Kunyit Guna Tisu Basah Yang Mudah, Hasil Pun Puas Hati