
Nak makan nasi berlauk, memang tak lengkap tanpa sambal sebagai sampingan. Apa kata, hari ini anda cuba cara buat Sambal Penyet Berlado yang pasti memikat selera keluarga.
Sebenarnya, nak buat Sambal Penyet Berlado ini tak susah mana pun. Resipinya ringkas dan boleh diubah mengikut selera masing-masing.
Cara buat Sambal Penyet Berlado yang dikongsikan oleh Fadzielah Ayub di Facebook ini sangat mudah dengan hanya menggunakan thermomix saja. Jom kita cuba!
Baca juga: Rahsia Warna Sambal Cantik & Tahan Lama, Ikut Petua Ini Baru Merah Menyala!
CARA BUAT SAMBAL PENYET BERLADO

Bahan A:
- 10 hingga 15 tangkai cili besar (dipotong atau dibuang biji)
- 8 hingga 15 tangkai cili merah kecil
- 1 biji bawang besar (dipotong lapan)
- 2 hingga 3 ulas bawang merah kecil
- 5 ulas bawang putih
- 1 biji tomato (dipotong empat)
- 15g ikan bilis
- ½ hingga 1 sudu kecil belacan (pilihan)
- 80 hingga 90g minyak masak
Bahan B:
- 2 sudu besar gula secukup rasa.
- 1 hingga 1½ sudu kecil garam secukup rasa
- 2 sudu besar sos ikan (pilihan)
- 1 biji perahan limau nipis
Cara-cara memasak:
1. Masukkan bahan A dalam thermomix dan tumis (10 minit, 120ºC, sp. 0.5).
2. Kikis dan blend (5 hingga 6 saat, sp.8). Masa bergantung pada tekstur yang diinginkan.
3. Masukkan bahan B dan tumis lagi (5 minit, 120ºC, sp. 0.5).
4. Rasa sambal dan tambah perasa (gula dan garam) secukup rasa kerana tahap pedas cili adalah berbeza. Masak lagi. (3 minit, 120ºC, sp. 0.5).
5. Boleh buangkan lebihan minyak sebelum letak sambal dalam bekas.
6. Simpan sambal dalam peti sejuk supaya tahan lebih lama.
Jika tiada thermomix di rumah, anda boleh masak dengan cara biasa di dapur. Hanya perlu kisar bahan A, tumiskan dan gaul bersama bahan B. Siap untuk digunakan!
Selamat mencuba!
Sumber: Fadzielah Ayub
Baca juga: Cara Buat Sambal Kicap ‘Power’ Menyengat, Makan Dengan Apa-Apa Pun Sedap!
Dapatkan Audio+
Hot FM
Kool FM
Eight FM
Fly FM
Molek FM














