Baru je panas isu logo halal pada ‘soft candy’, kini naik pula isu logo halal pada satu produk mi segera yang mempunyai kandungan babi.
Nampaknya bukan sahaja di Malaysia, tetapi di negara lain seperti Jepun juga ada berlaku isu produk makanan yang menggunakan logo halal tanpa sebarang pengesahan.
Baca juga: ‘Tampal’ Logo Halal Tapi Ada Gelatin Babi? JAKIM Jelas Isu ‘Soft Candy’
Mengetahui akan isu ini, Nippon Asia Halal Association (NAHA) telah tampil dan memberi respon tentang produk babi yang mempunyai logo halal di pasaran.
Logo halal tapi ada perisa tulang babi
Tinjauan min di Facebook rasmi NAHA, mereka telah menarik semula produk ini dari pasaran dan meminta pengguna untuk laporkan terus jika masih terjumpa produk ini di kedai atau dalam talian.
Kenyataan ini walau bagaimanapun dibuat khas untuk umat Islam di Malaysia dan Singapura yang agak bimbang dengan kesahihan produk mi segera tersebut.
Tambahan lagi, NAHA adalah salah satu dari 6 badan yang terlibat dalam memberikan proses pensijilan halal kepada produk.
Tapikan, macam mana lah boleh terlepas pandang produk ini sampai dapat logo halal eh? Jeng jeng jeng