Categories: Resipi

Resipi Lengkap Menu Nasi Kerabu Kelantan, Sek Kito Jange Pecoh!

Menu nasi kerabu ini merupakan salah satu hidangan yang sering menjadi santapan di negeri Kelantan. Boleh dikatakan sebagai hidangan kegemaran orang Kelantan, dan sentiasa disajikan ketika jiran atau tetamu yang datang menziarah ke rumah.

Untuk nasi kerabu ini, jika pada zaman dahulu yang umum adalah nasi kerabu kuning dengan tumisan, namun sekarang nasi kerabu biru (ungu) dengan bunga telang juga boleh dijadikan pilihan. Bergantung kepada selera masing-masing.

Baca juga: Teresek Kacang Panjang Ala Lauk Kenduri Kelantan, Campur Sekali Hati & Pedal Ayam

Yang paling penting dalam menyediakan nasi kerabu ini adalah peralatan dan bahan-bahannya, terutama sekali ulam-ulamannya. Biasanya, menu ini menggunakan ulam-ulam seperti:

  • Daun samok
  • Timun batang
  • Taugeh
  • Kacang panjang
  • Bunga kantan
  • Daun mata ayam
  • Daun kesum

Namun, jika berada di bandar dan sukar untuk mendapatkan pucuk-pucuk kampung, boleh digantikan dengan sayur lain yang sesuai. Sekurang-kurangnya, harus ada bunga kantan, kacang panjang, dan timun batang. Pucuk samok adalah wajib untuk memberikan aroma nasi kerabu yang sebenar seperti zaman dahulu.

Aroma pucuk ini dapat membangkitkan selera dan menjadikan hidangan lebih sedap. Boleh membeli anak benih dan menanamnya sendiri. Ikuti resipi lengkap dari perkongsian Suhasnida Ismail ini. 

RESIPI LENGKAP MENU NASI KERABU

  • Nasi Biru Bunga Telang
  • Solok Lada Kelate
  • Tumis Nasi Kerabu
  • Budu
  • Air Lada (sambal lada)

Nasi Biru Bunga Telang

Ambil bunga telang dan perahkan bunga telang. Masak nasi seperti biasa dan letakkan daun limau purut. Jika ingin, boleh juga menggunakan daun pitey, tetapi sukar untuk mendapatkan daun ini dengan warna biru asli.

Solok Lada

1. Belah lada dan buang biji. Jika tidak mahu buang biji, belah sahaja.
2. Pisahkan tulang dan isi ikan mentah. Untuk memudahkan, kelar dahulu ikan seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Ketepikan.
3. Mesin kelapa dan ambil isi putih sahaja. Ketepikan.
4. Dalam lesung, tumbuk lada hitam, halia, bawang merah, dan isi ikan. Tambahkan garam dan gula.
5. Dalam mangkuk berasingan, masukkan isi ikan dan bawang yang telah ditumbuk tadi. Masukkan kelapa sedikit demi sedikit kerana kita tidak mahu kelapa terlalu banyak. Rasakan ikan.
6. Pecahkan sebiji telur. Masukkan campuran isi ikan dan kelapa ke dalam perut lada.
7. Susun seperti yang ditunjukkan dalam gambar. Boleh letak kacang panjang atau petola sebagai alas untuk mengelakkan daripada hangit.
8. Tuangkan santan pekat.
9. Masak dengan api kecil.
(Solok lada seeloknya menggunakan bahan yang ditumbuk, jangan diblend, supaya rasa lebih sedap)

Tumis Nasi Kerabu

1. Blend cili kering, halia, belacan, dan serai.
2. Tumis bahan yang telah diblend dalam kuali sehingga garing.
3. Masukkan santan, serai yang diketuk, budu sebanyak 2 sudu, dan asam keping. Gaul sehingga pecah minyak.
4. Perasakan dengan gula dan garam.

Kelapa Nasi Kerabu

1. Goreng kelapa sehingga separuh masak.
2. Blend tanpa air bawang, serai, dan halia.
3. Masukkan campuran yang telah diblend ke dalam kelapa yang separuh masak dan tambahkan isi ikan yang telah direbus dan dipisahkan tulang.
4. Goreng sehingga kelapa menjadi garing.
5. Perasakan dengan gula dan garam.
(Jika ingin sambal kelapa berwarna gelap seperti di kedai, tambahkan gula melaka atau nisan.)

Ayam/Daging/Kambing Bakar

1. Blend halia, lengkuas, cili kering, bawang putih, bawang merah, jintan manis, jintan putih, serai, gula, dan garam.
2. Gaulkan campuran dengan ayam/daging pilihan.
Jika mahu ayam/daging berkilat, tambahkan lebihan gula untuk seimbangkan rasa masin dan manis. Jadi, apabila dibakar, ia menjadi sedap, dan berkilat memukau pandangan.

Air Lada Nasi Kerabu

Blend cili, bawang putih jeruk, cuka, garam, dan gula sehingga halus. Ini untuk mendapatkan rasa pedas, masam, dan manis.

Budu Nasi Kerabu

1. Masukkan budu dalam periuk.
2. Campur sedikit air, asam keping, dan gula melaka.
3. Masukkan serai dan daun limau nipis.
Pastikan budu mempunyai rasa masin yang sedikit supaya dapat menyelaraskan dengan sambal lada yang masam, serta kelapa ikan yang memiliki rasa manis dan masin yang secukupnya.

Siapa suka nasi kerabu? Kita geng! Selamat mencuba.

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Kuih Kuba Guling Cara SIMPLE, Antara Kuih Tradisional Kelantan Yang Popular

Farhana Syahirah

Halal foodie. Gemar mencari content tentang makanan sambil travel!

Recent Posts

Tips Simpan Makanan Dalam Peti Ais, Baru Tahan Lama & Tak Cepat Rosak

Semua orang ada peti ais di rumah, tapi ramai yang masih tak tahu cara untuk…

5 hours ago

Peria Goreng Crispy, Ikut Cara Ini Tak Ada Rasa Pahit Walau Sedikit Pun

Mungkin ramai yang tidak begitu suka makan peria. Namun, tahukah anda bahawa peria sangat sedap…

10 hours ago

Kek Coklat Karamel Kukus, Kombinasi Rasa Manis Dan Lembut

Kek coklat karamel adalah hidangan istimewa yang menggabungkan tekstur lembut lapisan puding karamel dengan kek…

12 hours ago

Karipap Spera Cara Utara, Inti Kelapa Pedas Yang Menyelerakan!

Karipap spera adalah sajian tradisional yang hanya boleh dijumpai di kawasan utara seperti Kedah dan…

12 hours ago

Kek Batik Pandan Lembut Yang Mudah, Resipi Ini Sumpah Tangkap Leleh!

Apabila ditanya tentang pencuci mulut paling mudah dibuat di rumah, semestinya ramai akan jawab Kek…

13 hours ago

Cara Buang Air Sotong Yang Betul, Boleh Elak Lauk Jadi Kecut Atau Liat Nanti

Sering makan sotong yang gebu dan segar di restoran sampai tertanya-tanya bagaimana hasilnya sebegitu rupa.…

13 hours ago