Categories: Resipi

Resipi Sambal Telur Rebus Yang Pekat, Berkilat & Bersalut Cantik! Sungguh Menggoda..

Rupa-rupanya ada tips nak hasilkan sambal telur rebus yang cantik berkilat, merah dan pekat elok. Bukan itu saja, sambal juga elok melekat pada telur rebus. Memang sangat mengiurkan!

Resipi perkongsian oleh Puan Nor Haidah Md Said ini sangat berguna untuk mereka yang selalu gagal setiap kali buat menu bersambal. Beliau turut berkongsikan beberapa tips supaya sambal menjadi elok dan lazat.

Nak cuba? Mari ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Gulai Lemak Kuning Telur Itik, Ini Tips Mudah Nak Elak Telur Pecah Dalam Kuah

RESEPI SAMBAL TELUR REBUS

Bahan-bahan:

  • Telur (rebus jangan terlalu lama, nanti lama)
  • Cili kering kering segenggam (rebus dahulu)
  • Bawang besar 3 biji (1 biji kisar & 2 biji hiris)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Belacan 1/2 sudu makan
  • Asam keping atau air asam jawa pekat
  • Gula pasir
  • Garam
  • Serbuk perasa

Cara memasak:

1. Kopek telur yang sudah direbus. Kopek bawah air paip yang mengalir untuk dapatkan kulit telur yang cantik dan tidak melekat.

2. Panaskan minyak dan goreng sekejap telur rebus tadi (1-2 minit). Pastikan minyak betul-betul panas kerana jika tidak, minyak akan menyerap telur. Selain itu, sambal juga akan cantik bersalut pada telur dan tak mudah basi.

3. Bila dah siap goreng semua telur, ketepikan dahulu.

4. Sediakan blender, kisar cili kering, bawang putih, belacan dan sebiji bawang besar. Lagi 2 biji bawang besar tak perlu kisar, hiriskan saja. Letakkan juga sedikit air dan kisar sehingga hancur.

5. Panaskan minyak untuk menumis. Mula-mula tumis dahulu bawang besar hiris sehingga layu. Kemudian baru masukkan bahan kisar dan masak sehingga lada betul-betul garing. Pastikan guna api perlahan.

6. Bila dah garing, masukkan asam keping atau air asam jawa. Kemudian letakka gula mengikut selera masing-masing. Kacau sehingga gula cair dan sebati dalam sambal. Nanti warna akan terus menjadi sedikit gelap.

7. Waktu ini minyak akan timbul semua. Kalau nampak minyak terlalu banyak, boleh guna senduk dan keluarkan minyak itu. Boleh diguna semula untuk goreng nasi atau tumis sayur.

8. Tambahkan garam dan serbuk perasa seckupnya. Bila sambal dah cukup sedap, masukkan telur rebus goreng tadi dan gaul sehingga rata.

9. Biarkan selama 2-3 minit, boleh angkat dan dihidangkan. Selamat mencuba!

Info:

  • Cara ini boleh guna untuk buat sambal ikan, sambal udang, sambal sotong dan sambal ikan bilis
  • Pastikan guna minyak yang banyak semasa menumis supaya lada betul-betul garing
  • Tutup kuali semasa sedang menumis supaya tidak merecik terkena muka

Kredit resipi: Nor Haidah Md Said

Baca juga: Wanita Kongsi Resipi ‘Telur Dadar Pedas’ Arwah Atuk, Memang Lagi Padu Dari Biasa!

Wan N

Recent Posts

“Ini Bukan Bekal Suami, Buffet Namanya..” – Netizen Puji Lauk Meriah, Isteri Pun Bekerja Tapi Sempat Masak!

Menyediakan bekal makanan untuk suami bukanlah perkara mudah, apatah lagi apabila isteri sendiri turut bekerja…

9 hours ago

Resipi Mini Chicken Pot Pie Guna Air Fryer, Inti Ayam Berkrim Dalam Pastri Rangup Buat Lebih Nikmat!

Resipi chicken pot pie ini sesuai dijadikan hidangan istimewa untuk keluarga. Inti ayam yang berkrim…

10 hours ago

Resipi Pasta Tomyam Creamy, Diolah Ikut Tekak Melayu Yang ‘Confirm’ Tak Muak Bila Makan!

Pasta tomyam creamy dengan udang ini sesuai untuk peminat hidangan pasta yang menggemari gabungan rasa…

10 hours ago

Resipi Ikan Masak Asam Rebus Dengan Nenas, Kuah Masam Pedas Memang Buat Kecur Air Liur!

Ikan masak asam rebus merupakan antara hidangan yang cukup menyelerakan, terutama bagi penggemar lauk berkuah…

11 hours ago

Peminat Gyoza Wajib Cuba! Ini Resipi Homemade Guna 500g Ayam, Sekali Buat Dapat 90 Biji

Resepi gyoza homemade ini sesuai untuk anda yang gemar menikmati hidangan ala Jepun di rumah.…

13 hours ago

Resipi Telur Dadar Masak Lemak Cili Api, Lauk Jimat Dengan Kuah Pekat Berlemak Pedas!

Telur dadar masak lemak cili api antara hidangan yang boleh dijadikan pilihan untuk menu makan…

13 hours ago