Mak-mak paling seronok apabila tiba waktu petang kerana boleh menghidangkan menu minum petang yang lazat. Paling penting adalah ia mudah disediakan dan cepat dimasak.
Petang-petang kalau dapat makan kuih goreng sedap juga. Ini antara idea untuk menu minum petang yang anda boleh buat nanti.
Baca juga: Rahsia Cucur Ikan Bilis Garing Tapi Lembut Bila Dimakan, Bentuk Pun Tak Leper!
SENARAI KUIH GORENG UNTUK MENU MINUM PETANG
1. Karipap
Karipap juga dipanggil sebagai epok-epok yang terdapat dalam pelbagai perisa, bergantung kepada inti di dalamnya. Paling popular adalah karipap sardin dan karipap kentang.
2. Cucur
Cucur juga tak kurang hebatnya sebagai minum petang paling mudah dibuat. Antara jenis cucur yang ada seperti cucur ikan bilis, cucur udang, cucur badak dan banyak lagi.
Cempedak goreng sangat sedap dibuat sebagai hidangan minum petang. Baunya yang sedap pasti memikat selera anak-anak anda.
4. Samosa
Samosa merupakan kuih goreng rangup yang menggunakan kulit popia. Biasanya ia berintikan daging atau ayam bersama sayur-sayuran.
Pisang goreng adalah makanan jenis goreng celup tepung. Pisang raja dan pisang abu merupakan jenis pisang yang popular untuk dijadikan pisang goreng.
Cek Mek Molek adalah kuih tradisi kegemaran dari pantai timur. Ia menggunakan ubi keledek oren yang direbus sehingga empuk, cuma digaul bersama tepung gandum dan garam.
Cekodok pisang dibuat daripada adunan tepung gandum yang dicampur dengan pisang yang telah dilumatkan. Teksturnya gebu dan lembut tapi garing di luar sangat mengundang selera.
8. Jejari manis
Jejari manis ini lebih kurang seperti cucur manis, tapi berbentuk jejari. Lebih kreatif jika hidangkannya bersama cicahan coklat.
9. Popia
Popia boleh disediakan dalam pelbagai cara seperti digoreng dan disira. Anda boleh nikmatinya pada waktu petang bersama cicahan sos yang sedap.
10. Keledek goreng
Dengan hanya potongan keledek bersama adunan tepung gandum dan garam, anda boleh terus menggoreng dan menghidangkan keledek goreng ini sebagai sajian minum petang.
Sumber: Chemilan
Baca juga: Jom Cuba Buat Roti Pusing, Kudapan Mudah Untuk Minum Petang Hanya Guna 3 Bahan!