Kalau anda tengah cari menu Hari Raya Aidilfitri yang lain daripada biasa, ini masa terbaik untuk cuba konsep buffet! Selain nampak lebih tersusun dan moden, buffet juga memudahkan tetamu untuk ambil makanan ikut selera masing-masing. Tak perlu tunggu dihidang, semuanya di depan mata.
Menariknya, dengan pemilihan menu Hari Raya Aidilfitri yang betul, anda boleh sediakan jamuan yang meriah tanpa perlu pening kepala. Jom tengok senarai idea menu yang confirm buat tetamu puji!
Baca juga: Makanan Frozen Wajib Ada Waktu Raya, 10 Idea Senang Sedia Untuk Tetamu Datang Tak Putus-Putus!
Untuk buffet, pilih menu yang mudah dihidang dan tahan lama supaya sentiasa nampak segar dan menyelerakan.
1. Nasi Impit Dan Kuah Kacang
Tak sah menu Hari Raya tanpa hidangan klasik ini. Mudah dimakan dan sesuai untuk semua peringkat umur.
2. Lemang Dan Rendang
Gabungan wajib yang sentiasa jadi kegemaran. Lagi lama dipanaskan, lagi sedap rasanya!
3. Nasi Minyak atau Nasi Tomato
Pilihan nasi berempah yang sesuai untuk tetamu yang nak makan berat.
4. Lontong Dan Kuah Lodeh
Menu lengkap dengan sayur, kuah lemak dan sambal, memang mengenyangkan.
5. Soto Ayam atau Soto Johor
Hidangan berkuah yang ringan tapi penuh rasa. Sesuai untuk buka selera.
6. Mee Kari atau Laksa Kari
Menu berkuah santan pekat yang cukup popular dalam menu Hari Raya.
7. Nasi Arab Dan Ayam Panggang Atau Kambing
Nak nampak lebih eksklusif? Ini pilihan terbaik untuk tarik perhatian tetamu.
8. Kambing Golek (Live Station)
Antara menu Hari Raya paling ‘wow’! Aroma dan rasa memang padu.
9. Spaghetti Bolognese Atau Carbonara
Menu Barat sebagai variasi, terutama untuk kanak-kanak.
10. Ayam Percik Dan Nasi Hujan Panas
Warna menarik, rasa pun tak kurang hebat, sesuai untuk buffet.
Tak lengkap menu Hari Raya tanpa kudapan dan makanan ringan:
Semua ini mudah diambil dan sesuai untuk makan santai sambil berborak.
Lepas makan berat, pencuci mulut jadi pelengkap menu Hari Raya:
Gabungan ini bantu seimbangkan rasa dan beri kesegaran.
Pastikan minuman juga menarik dan mudah dihidang:
Minuman yang betul boleh lengkapkan keseluruhan menu Hari Raya anda.
Tips Susun Menu Hari Raya Aidilfitri Gaya Buffet
Nak bagi nampak kemas dan teratur, ikut tips ini:
Kenapa Buffet Jadi Pilihan Menu Hari Raya Aidilfitri?
Konsep buffet semakin popular kerana:
Kesimpulannya, dengan pemilihan menu hari raya aidilfitri yang tepat dan susunan buffet yang bijak, anda boleh cipta suasana jamuan yang santai tapi tetap meriah. Tak perlu terlalu fancy, yang penting makanan cukup, sedap dan semua tetamu rasa dihargai.
Kalau anda plan nak buat rumah terbuka tahun ini, simpan senarai menu Hari Raya Aidilfitri ini siap-siap. Confirm jadi rujukan berguna bila tiba hari raya nanti!
Semoga bermanfaat!
Sumber: Traveloka
Baca juga: Senarai Idea Makanan Potluck Ikut Abjad Dari A Sampai Z, Lengkap & Sedap Belaka!
Seaweed pasta merupakan hidangan pasta yang menggabungkan rasa rumpai laut, bijan panggang dan keju Parmesan…
Kalau dah bosan makan spageti dengan sos yang sama, apa kata cuba resipi spageti aglio…
Kalau suka kek coklat yang lembap, gebu dan kaya dengan rasa coklat, resipi kek coklat…
Bayangkan wajah sendiri tiba-tiba muncul pada skrin digital gergasi di tengah Kuala Lumpur! Pengalaman unik…
Kalau suka pencuci mulut tradisional, resipi agar agar cendol santan ini memang wajib dicuba! Gabungan…
Daging masak hitam berempah antara hidangan yang sesuai dijadikan lauk untuk makan tengah hari atau…