potato chips

Sambil layan Netflix mengunyah potato chips, memang heaven!

Sekarang anda dah tak perlu susah payah beli lagi potato chips, buat sendiri saja memang berbaloi.

Seorang warganet baik hati telah berkongsi resepi kentang goreng paling rangup dan senang di media sosial dan menjadi tular.

Rata-rata berpuas hati dengan resepi yang dikongsikan dan rasanya memang macam produk kedai.


Baca Juga: Resepi Loaded Potato Bowl Ala KFC, Lagi Puas Dapat Makan Banyak!


Jika dibeli di luar, sebungkus potato chip rasa sikit sangat dan rasa tak puas makan kan? Jadi, apa kata kita cuba resipi ini.


Kentang Goreng Rangup ( Potato Chip)

Bahan-bahan:

3 biji kentang
2 sudu makan cuka
500ml air
Sedikit penrencah maggi kari
Sedikit penrencah pasti sedap Knorr
Minyak untuk menggoreng

Cara nak buat potato chip:

1. Hiris kentang nipis-nipis menggunakan pisah kupas buah.
2. Didihkan air bersama cuka terlebih dahulu. Kemudian masukkan hirisan kentang tadi. Perlahankan api, biarkan selama 3 minit.
3. Angkat dan cuci kentang tersebut dan toskan sebelum menggoreng.
4. Tabur sedikit perencah maggi kari dan perencah sedap Knorr atau apa-apa yang anda suka ikut tekak sendiri. (sebagai perasa)

Kacang je kan. Selamat mencuba semua!


Sumber: Inspirasi Resepi

 

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN