Categories: Resipi

Mee Wantan Sup Ala Restoran Cina, Kuah Jernih Dan Dumpling Lembut Cukup Rasa!

Tiada yang lebih memuaskan daripada semangkuk sup panas yang penuh rasa. Selepas pertama kali cuba Mee Wantan Sup, tak sangka kuahnya sungguh sedap tak terkata.

Mee Wantan Sup ialah hidangan popular dalam masakan Cina di Malaysia yang terdiri daripada mee kuning, wantan yang diisi dengan daging atau udang dan sup jernih serta berperisa.

Selain rasanya yang sedap, Mee Wantan Sup mudah disediakan mengikut selera setiap orang. Ikut saja resipi yang dikongsikan oleh Nor Asiah ini, pasti hasilnya menjadi. Jom kita cuba!

Baca juga: Mee Suah Chinese Style Paling Sedap, Kuah Wangi Buat Ramai Tak Berhenti Hirup!

RESIPI MEE WANTAN SUP

Bahan-bahan:

  • Mee wantan (dicelur)
  • Bebola ikan atau ayam (dicelur)
  • Hirisan isi ayam rebus

Bahan sup:

  • Kaki ayam atau rangka ayam
  • Batang saderi (dipotong tiga)*
  • Daun sup (dipotong dua)*
  • Daun bawang (dipotong dua)*
  • Bawang putih (dibelah dua) *
  • Bawang besar (dibelah empat)*
  • Halia*
  • Cendawan shiitake kering atau segar (dipotong nipis)
  • Sedikit minyak bijan
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit sos ikan

Cara-cara memasak:

1. Rebus kaki dan rangka ayam hingga empuk.

2. Masukkan bahan bertanda (*). Masak selama 20 minit.

3. Kemudian masukkan minyak bijan, sos ikan dan sedikit perasa.

4. Masukkan juga cendawan yang telah dipotong nipis.

5. Untuk menikmatinya, masukkan mee wantan, bebola, isi ayam dan sayur ke dalam mangkuk.

6. Tuangkan sup dan nikmati bersama minyak cili dan minyk bawang putih.

Bahan dumpling:

  • Kulit dumpling segera
  • Isi ayam
  • Isi udang
  • Serbuk cukup rasa
  • Sedikit lada sulah
  • Minyak bijan
  • Sedikit tepung jagung
  • Garam
  • Sedikit daun bawang atau daun kucai

Cara-cara memasak:

1. Satukan semua bahan dalam food processor. Kisar hingga hancur, pekat dan sebati.

2. Ambil kulit dumpling dan letak inti yang dikisar tadi.

3. Sapu sedikit air di sekeliling kulit dumpling, kemudian kelimkan ikut kreativiti masing-masing.

4. Dumpling ini boleh digoreng atau dicelur hingga masak.

Cara-cara menyediakan sayur pak choy:

1. Celur sayur dalam air rebusan yang telah ditambah dengan sedikit minyak dan garam.

2. Masukkan sayur dalam air sejuk atau berisi ais batu.

Bahan-bahan minyak bawang putih:

Cara-cara memasak:

1. Cincang bawang putih dengan banyak.

2. Goreng bawang putih dengan minyak yang banyak.

3. Bila bawang putih kelihatan agak perang, angkat dan toskan bawang tadi.

4. Simpan dalam botol kaca supaya tahan lama.

Bahan-bahan cili sichuan:

  • Cili kering gemuk (tak pedas, buang biji)
  • Cili kering kurus dan lurus (buang biji)
  • 4 sekawan
  • Jintan putih
  • Peppercorn sichuan
  • Minyak masak
  • Bijan
  • Garam dan perasa secukupnya

Cara-cara memasak:

1. Buang biji semua cili kering. Sangai tanpa minyak hingga agak garing kemudian angkat. Biarkan sejuk seketika.

2. Kisar kering cili kering tadi. Jangan sampai hancur sangat.

3. Tumis 4 sekawan, jintan putih, peppercorn sichuan dalam minyak yang banyak. Kemudian tapis bahan-bahan tadi.

4. Ambil minyak tadi, kemudian tuang dalam cili kering yang dikisar tadi. Pastikan minyak betul betul panas.

5. Masukkan bijan, garam dan perasa dengan secukupnya.

6. Minyak cili siap dan sejukkan sebelum disimpan dalam balang kaca. Boleh nikmati dengan apa jenis sup.

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Asiah

Baca juga: Mee Kicap Chinese Style Macam Di Kedai, Makan Sepinggan Confirm Licin!

Aimi

Recent Posts

Cara Buat Sosej Homemade Yang Sihat & Sedap, Guna 3 Keping Isi Ayam Boleh Dapat 38 Biji!

Resepi homemade sosej ini memang sesuai dicuba kalau anak-anak suka makan sosej tetapi dalam masa…

1 day ago

Resipi Kuih Lapis Labu Bunga Telang, Bukan Saja Cantik Tapi Rasa Lembut & Berlemak

Kuih lapis labu bunga telang ini bukan sahaja menarik dengan gabungan warna kuning dan biru,…

1 day ago

Cara Buat Bihun Sup Dengan Sambal Kicap ‘Power’, Ringkas Tapi Sedapnya Tak Terkata!

Kalau tengah cari resepi bihun sup ayam yang mudah tetapi tetap sedap, boleh cuba versi…

2 days ago

Resipi Sambal Telur Rebus Ini Istimewa, Letak Kerisik Buat Rasanya Lebih Berlemak Ala Rendang

Kalau selalu masak resepi sambal telur rebus yang biasa, apa kata cuba versi yang satu…

2 days ago

Tips Lempeng Lembut & Berongga Elok, Wanita Ini Kongsi Teknik Mudah Selepas Cuba Sendiri

Nak lempeng yang lembut dengan bahagian belakang berongga? Tips lempeng lembut ini dikongsikan Siti Ifatin…

2 days ago

Resepi Cucur Jagung Manis 5 Bahan, Makan Panas-Panas Dengan Kopi Memang Ngam!

Kalau sedang mencari resepi cucur jagung manis yang mudah dan tak menggunakan banyak bahan, boleh…

2 days ago