Mari cuba resipi mee kari stail Ipoh. Ia merupakan salah satu hidangan yang terkenal di bandaraya Ipoh di negeri Perak.
Dikenali dengan cita rasa unik yang memikat, mee kari gaya Ipoh sering menjadi pilihan utama untuk santapan berbuka puasa atau makan malam bersama keluarga dan rakan-rakan.
Baca juga: Mee Kacang Soya (Kong-Guksu), Sedap Makan Masa Cuaca Panas
Uniknya, mee kari ini menonjolkan kesederhanaan dalam penyediaannya tanpa mengabaikan kelazatan dan keaslian rasanya.
Dengan campuran rempah yang kaya dan santan pekat, mee kari versi ini menjanjikan pengalaman makan yang memuaskan bagi sesiapa yang mencarinya. Mari kita kongsikan resipi yang mudah dan lazat untuk menyediakannya di rumah.
RESIPI MEE KARI STAIL IPOH
Ini resipi mee kari gaya Cina Ipoh yang tidak memerlukan banyak rempah. Gunakan sahaja bahan-bahan yang ada di rumah. Sedap! Kadang-kadang, yang simple adalah yang terbaik.
Bahan A: Kisar Halus
- 4 biji Bawang Merah
- 3 ulas Bawang Putih
- 1 genggam Ikan Bilis
- 1 batang Serai, titik
Bahan B
- 4 sudu besar Rempah Kari Ikan
- 1 sudu besar Cili Kisar (ikut kesukaan untuk pedas)
- 1 kotak Santan
- Pelbagai jenis Fishball, Fishcake, Tofu kosong
- 2 ketul Kiub Ayam
- Garam
- Gula
- Serbuk Perasa
Bahan C (hiasan)
- Tauge (tidak perlu dicelur)
- Daun Bawang
Cara-cara:
1. Panaskan minyak goreng dalam kuali hingga naik bau. Tumis bahan kisar sehingga naik minyak.
2. Masukkan rempah kari dan cili kisar yang telah dicampur air. Tumis sehingga kering sebanyak 3 kali.
3. Tambahkan air secukupnya bersama dengan satu kotak santan kara, kiub ayam, garam, dan gula.
4. Masukkan pelbagai jenis fishball dan tofu kosong. Masak sehingga mendidih.
Nota: Minyak jangan digunakan terlalu banyak kerana kita akan memakan mee, nanti cepat rasa muak. Kuah kari ini sepatutnya agak cair. Pastikan rasa rempah dan santannya cukup. Sesuai dimakan dengan fucuk ikan goreng.
Selamat mencuba.
Baca juga: Mee Rojak Style Mamak Cara SIMPLE, Sekali Dengan Resipi Kuah
Sumber: Dora Nurlaily KJ