Categories: Resipi

Cara Buat Mee Kari Simple Berkuah Lembut & Pekat, Aromanya Cukup Memikat Selera

Tak sempat nak keluar tapi teringin mee kari? Resipi mee kari simple ini sesuai sangat untuk hidangan keluarga. Dengan aroma rempah yang wangi, kuah santan yang lemak, ditambah telur rebus, taugeh dan cili merah, pasti menggamit selera.

Nor Khomariah Norrohman kongsikan resipi ini di Facebook dan kami tulis versi lengkap supaya mudah diikuti di rumah. Sesuai untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam, terutama bila ada adik atau anak yang minta mee kari.

Baca juga: Cara Cuci Mee Kuning Yang Berbau Kapur, Rasa Pahit & Bau Pelik Terus Hilang!

RESIPI MEE KARI SIMPLE

Bahan-bahan utama:

  • Isi ayam atau tulang ayam
  • Fishcake
  • Fishball
  • Tauhu kering
  • 1 santan kotak 200ml
  • Air secukupnya

Bahan-bahan kisar:

Bahan-bahan rempah dan perasa:

  • 2 pek serbuk kari daging (kecil)
  • 1 senduk cili giling
  • 1 pek 3 sekawan
  • 2 kiub pati ayam
  • Gula dan garam secukup rasa

Bahan-bahan hiasan atau pelengkap:

  • Telur rebus
  • Cili merah, dihiris
  • Sawi (pisahkan batang dan daun)
  • Tauge
  • Limau kasturi

Cara-cara penyediaan:

1. Tumis bahan kisar:

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama 3 sekawan, cili giling dan serbuk kari. Tumis hingga pecah minyak dan wangi.

2. Masukkan ikan bilis kisar:

Tambahkan ikan bilis yang dikisar tadi untuk rasa kuah yang lebih padu.

3. Masukkan sayur dan bahan protein:

Batang sawi yang dipotong dahulu (daun jangan masuk kuah).

Tambahkan ayam, fishball, fishcake dan tauhu kering.

4. Masukkan kuah dan perasa:

Tuang air dan santan secukupnya. Nak kuah pekat atau cair ikut citarasa.

Masukkan kiub pati ayam, gula dan garam. Boleh tambah sedikit serbuk perasa jika suka pedas.

5. Masak hingga mendidih:

Biarkan semua bahan masak sempurna dan kuah mendidih.

6. Hidangkan:

Susun mee kari dalam mangkuk, hias dengan telur rebus, taugeh, daun sawi, cili merah dan perahkan limau kasturi.

Tips Dan Variasi Mee Kari Simple

  • Kuah lebih pekat: Tambah santan, kurangkan air.
  • Boleh tambah cendawan, udang atau bebola ikan untuk variasi.
  • Rahsia sedap: Ikan bilis kisar dengan sedikit air memberi aroma kuah lebih padu.
  • Hidangan pelengkap: Nikmati bersama keropok atau roti.

Resipi mee kari simple ini mudah, cepat dan sedap. Sesuai untuk semua peringkat umur dan pasti buat keluarga minta lagi!

Selamat mencuba!

Sumber: Nor Khomariah Norrohman

Baca juga: Resepi Kuah Mee Kari Ipoh Original, Kuah Ringan Dan Tak Muak Bila Makan!

Aimi

Recent Posts

3 Jenis Tepung Yang Biasa Digunakan Untuk Buat Muruku, Baru Tahu Ada Fungsi Berbeza!

Tepung muruku memainkan peranan penting dalam menentukan tekstur dan rasa snek tradisional India ini. Walaupun…

15 hours ago

Selama Ini Pilih Telur Ikut Saiz Saja, Rupanya Bentuk & Warna Kulit Pun Ada Maksud Tersembunyi!

Telur ayam antara bahan yang hampir selalu ada di dapur kerana mudah dimasak dan boleh…

16 hours ago

Resipi Chicken Chop Rangup Bersalut Nestum, Tuang Kuah Black Pepper ‘Banjir’ Lagi Sedap!

Resipi chicken chop ini sesuai dijadikan pilihan untuk makan tengah hari atau makan malam. Ayam…

17 hours ago

Rimas! Cara Halau Lalat Buah Yang Berterbangan Terutamanya Dekat Pisang, Cuba Petua Ini

Baru beli pisang atau buah-buahan, tetapi tak lama kemudian dapur mula dipenuhi lalat kecil? Memang…

18 hours ago

Resipi Kuetiau Theng Berkuah Jernih, Tambah Chili Oil Memang Lagi Terangkat Rasanya!

Kalau teringin makan hidangan berkuah yang panas dan menyelerakan, resipi kuey teow theng ini memang…

18 hours ago

Resipi Puding Karamel, Guna 3 Biji Telur Saja Pun Dah Boleh Dapat Satu Loyang!

Puding caramel resepi ini sesuai untuk sesiapa yang nak menyediakan pencuci mulut di rumah dengan…

18 hours ago