mee hailam resepi

Kalau teringin nak makan mee hailam dengan kuah pekat dan sedap, boleh cuba mee hailam resepi simple ini. Bahan-bahannya mudah, memang ada di dapur dan cara masak pun tak ambil masa lama.

Resipi ini campak-campak saja, dalam 5 minitt dah siap masak. Tapi hasilnya tetap padu! Sesuai sangat untuk makan tengah hari atau malam yang cepat tapi penuh rasa.

Baca juga: Resipi Mi Goreng Guna Bahan Apa Ada Di Rumah, Rasa Tetap Wow & Mengancam!

MEE HAILAM RESEPI SIMPLE DAN SEDAP

mee hailam resepi

Bahan A:

  • 500g mi kuning (rendam sekejap dalam air panas, kemudian toskan)
  • Bawang putih (dicincang dadu)
  • Bawang holland (dihiris kasar)
  • Sayur: kobis, carrot, brokoli
  • Cili padi (biar sebiji masuk terus untuk pedas menyengat)
  • Udang secukupnya
  • Isi ayam secukupnya
  • 3 biji telur

Bahan B:

Cara memasak:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih hingga wangi.
  2. Masukkan isi ayam, gaul sehingga separuh masak.
  3. Tambahkan udang, kacau hingga berubah warna dan sedikit garing.
  4. Masukkan kicap lemak manis, sos cili dan sos tiram. Gaul rata.
  5. Tuangkan sedikit air, biarkan mendidih.
  6. Masukkan sayur-sayuran dan teruskan reneh hingga sedikit layu.
  7. Tambahkan cili padi sebiji untuk rasa pedas.
  8. Pecahkan telur ke dalam kuah, kacau perlahan.
  9. Masukkan bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.
  10. Biarkan mendidih sekejap, kemudian tutup api.
  11. Tutup periuk dan biarkan selama 5 minit supaya kuah sebati dengan bahan.

Mee hailam siap dihidangkan! Nikmati panas-panas untuk rasa yang lebih padu.

Sumber: Nora Arif

Baca juga: Resipi Mi Kuah Padu, Cara Masak Ringkas Tapi Rasa Dia Tak Main-Main!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN