Categories: Resipi

Mee Hailam Guna 3 Langkah, Sedap Mandikan Kuah Dengan Kicap ‘Ini’

Sesetengah orang sangat suka makan mi yang berkuah pada waktu petang. Jika hari ini mak-mak tiada mood untuk makan nasi, anda boleh saja buat Mee Hailam yang sedap.

Ia merupakan hidangan mi telur, digoreng dengan daging atau seafood dan sayur-sayuran yang banyak, siap bermandikan kuah dengan kicap pekat dan limau kasturi.

Senang cerita, kuahnya itu mesti banjir, pekat dan banyak isinya, barulah boleh dipanggil sebagai Mee Hailam.

Jika anda nak Mee Hailam yang paling mudah dan ringkas, anda boleh ikut resipi daripada Siti Syuhaida Ramli di Facebook ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Mee Hailam Urat Keting, Kuah Pekat & Rasa Memang ‘Kaw’!

RESIPI MEE HAILAM

  • 3 paket mee kuning
  • 1 biji bawang besar*
  • 5 uleh bawang putih*
  • 3 sudu cili kering mesin
  • 5 sudu kicap mee
  • 2 senduk kicap manis
  • 5 sudu cili sos
  • 5 sudu sos tiram
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh air)
  • Ayam
  • Udang
  • Sotong
  • Fish ball
  • Baby sawi
  • Cendawan
  • Cili merah dan hijau
  • Air
  • Garam
  • Gula

Cara-cara:

1. Bahan bertanda* ditumbuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk. Masukkan air, kicap, sos, kicap mee dan sos tiram. Biarkan sehingga mendidih.

2. Masukkan rencah yang anda suka. Masak sehingga ompuk. Kemudian dah mendidih masukkan air bancuhan tepung jagung dan sayur.

3. Jangan lupa perasakan garam dan gula, kemudian masukkan mee kuning. Siap!

Warna kuahnya yang gelap dan sedikit pekat, serta meriah dengan isi ayam, seafood dan sayuran, memang cukup memikat selera sesiapa saja.

Mak-mak tak perlu pening kepala fikir jika tiada idea untuk masak apa. Anda boleh jadikan Mee Hailam yang terlajak sedap ini sebagai hidangan tengah hari atau petang.

Selalu pesan di kedai makan saja, kali ini mak-mak boleh cuba buat di rumah pula. Lebih puas hati jika membuatnya dengan air tangan sendiri.

Selamat mencuba!

Sumber: Siti Syuhaida Ramli

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

3 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

3 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

3 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

4 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

4 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

7 hours ago