mee goreng sedap

Sudah jemu makan nasi setiap hari, tiba-tiba teringat ada satu lagi paket mee kuning di dapur yang belum digunakan, terus terfikir nak buat Mee Goreng sedap hari ini.

Biasanya Mee Goreng dimasak menggunakan cili kisar, tapi jika tiada, tak mengapa kerana anda masih boleh buat Mee Goreng sedap dengan menggunakan serbuk cili tau.

Anda hanya perlu ikut resipi Mee Goreng sedap dengan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh Norhidana di blognya ini. Jom cuba!

Baca juga: Resepi Mee Bandung Simple, Macam Ini Hirup Kuah Pun Puas!

RESIPI MEE GORENG SEDAP GUNA SERBUK CILI

mee goreng sedap

Bahan-bahan:

  • 1 paket mee kuning (cuci dan toskan)
  • 3 ulas bawang putih (hiris halus)
  • 1 biji bawang besar (hiris ikut suka)
  • 2 pokok daun kucai
  • 1 biji tomato (potong ikut suka)
  • 2 sudu besar serbuk cili babas
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 mangkuk kecil udang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar kicap lemak manis jalen
  • Air secukupnya
  • 2 biji telur
  • Tauge

Cara-cara:

1. Tumiskan bawang putih dan bawang merah serta tomato sehingga layu.

2. Masukkan semua sos cili, sos tiramkicap dan serbuk cili, kemudian tambahkan sedikit air, masakkan untuk beberapa minit dan masukkan udang.

3. Apabila udang nampak sudah masak, masukkan mee kuning dan gaulkan rata, kemudian biarkan untuk beberapa minit sehingga mee masak.

mee goreng sedap

4. Apabila mee sudah masak, masukkan daun kucai dan telur, kemudian kacaukan rata. Akhir sekali, masukkan tauge dan matikan api dapur. Siap untuk dihidang!

mee goreng sedap

Tak semestinya kena ada cili kisar baru boleh buat Mee Goreng sedap, jadi kita boleh gunakan apa saja yang ada di dapur untuk membuatnya.

Hidangan ini bukan saja sesuai dijadikan sebagai menu di rumah, tapi ia juga boleh dibuat sebagai menu berkelah atau potluck.

Jangan lupa untuk kongsikan resipi menarik ini kepada keluarga dan kawan-kawan anda.

Selamat mencuba!

Sumber: norhidana

Baca juga: Mee Hailam Guna 3 Langkah, Sedap Mandikan Kuah Dengan Kicap ‘Ini’

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN