Categories: Resipi

Mee Goreng Basah Simple, Ini RAHSIA Mee Sedap 5 Bintang!

Ada masa bila kita buat mee goreng basah simple, mesti akan ada rasa yang tak berapa kick. Jadi macam mana nak buat mee goreng yang mantap? Cukup serba serbi rasa.

MyResipi ada jawapannya. Kalau nak tahu, wajib baca artikel ini sampai habis kerana kami akan bongkarkan lebih dari 2 rahsia kepada mee goreng basah yang sedap.

Jom baca perkongsian oleh Cik Puan Suhasnida Ismail melalui laman muka buku.

Baca juga: Resipi Daging Masak Manis, Rasa Yang Enak & Mudah Dibuat

RESIPI MEE GORENG BASAH SIMPLE

Bahan-bahan:

  • 1 peket mee kuning
  • Minyak untuk menumis
  • 8 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 1/2 biji bawang holland (dihiris)
  • 2 sudu besar cili kering kisar

Lauk Pilihan (ikut citarasa):

  • Ayam cincang
  • Udang
  • Daging
  • Telur
  • Sawi
  • Tomato

Sos & Perasa:

  • 5 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  • 1 sudu besar gula atau secukup rasa
  • 1/2 sudu teh ajinomoto jika suka
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan:

1.  Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih sehingga naik bau.

2.  Masukkan bawang holland dan cili kering kisar, tumis sehingga garing.

 

3.  Masukkan lauk-pauk pilihan anda dan tumis lagi sehingga masak.

4.  Tambahkan sedikit air dan semua sos yang telah disediakan. Kacau rata.

5. Udang boleh dimasukkan kemudian.

6. Pecahkan telur ke dalam kuali, kemudian masukkan mee kuning. Kacau rata.

7. Masukkan sayur sawi dan tomato, kacau sehingga sebati. Siap untuk dihidang!

Tips untuk Mee Goreng Sedap:

  • Guna Sos yang Mencukupi: Jangan kedekut dengan bahan-bahan sos. Gunakan dengan secukupnya untuk menambah rasa.
  • Air Rebusan Daging: Jika mahu kelainan, gunakan air rebusan daging dan hirisan daging. Ia pasti menambah keenakan.
  • Bawang Putih: Gunakan bawang putih dengan banyak dan tumbuk kasar-kasar.
  • Cuka Makan: Masukkan sedikit cuka makan semasa menggoreng mee untuk membangkitkan rasa.
  • Selamat mencuba!

Sumber: Suhasnida Ismail

Baca juga: Resipi Daging Black Pepper Paling Simple & Juicy, Gerenti Bertambah Nasi!

Aisha Qistina

Recent Posts

Cara Lembutkan Ayam Kampung, Guna Jus ‘Ini’ Confirm Isi Tak Keras Lagi

Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…

2 days ago

Puding Kastard Sukatan Cawan Yang Mudah, Makan Sejuk-Sejuk Memang Layan!

Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…

2 days ago

Resipi Mee Udang Ala Sarawak Guna Mi Segera, Baunya Buat Selera Terangkat!

Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…

2 days ago

Mufin Labu Dengan Streusel, Resipi Ini Dijamin Kek Menjadi Elok Sempurna!

Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…

2 days ago

Resipi Laksa Goreng Penang, Kelainan Rasa Laksa Yang Pastinya Sedap!

Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…

2 days ago

Sedapnya Pekena Ayam Masak Burma, Rasa Kuahnya Sumpah Luar Biasa

Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…

2 days ago