Mesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga cornflakes. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
RED PEARL COOKIES
Mesti ramai yang tak pernah dengan nama biskut ini. Kalau korang peminat cornflakes, korang wajib buat biskut ini sebab memang sedap dan mudah sahaja nak buatnya. Dalam biskut ini ada campuran kacang badam, coklat cip dan juga cornflakes. Jom cuba resepi yang dikongsikan oleh Nor Khomarriah Norrohman di Facebook.
BAHAN-BAHAN
150 gm nentega
150 gm tepung gandum
75 gm gula kastor
60 gm cornflakes (ramas kasar)
50 gm cip coklat
25 gm kacang badam
1 sudu teh sen vanila
1/2 sudu teh emplex
Kredit: Nor Khomarriah
CARA PENYEDIAAN
Kacau mentega, gula, dan esen vanila menggunakan sudip kayu hingga sebati.
Campurkan semua bahan kering dan gaul sebati hingga menjadi doh.
Cubit doh sebesar ibu jari, bulatkan sedikit dengan jari. Doh biar meninggi supaya tidak meleper sewaktu di bakar. Atur di atas dulang pembakar yang di alas baking paper. Tekan hirisan ceri merah ditengahnya.
Bakar dalam oven yang telah dipanaskan dahulu pada suhu 160 C selama 20-25 minit bergantung pada ketuhar masing – masing.
Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.