Selalu dengar daging masak merah , daging masak kunyit atau daging dibuat rendang. Tapi pernah anda rasa daging masak tumis pedas? Memang padu kalau makan bersama nasi panas.
Resipi ini walaupun nampak rumit tetapi cara penyediaannya sangat mudah.
Kalau tak percaya, jom kita tengok resipi di bawah.
Baca juga: Rahsia Daging Masak Hitam Berempah Padu, Kena Perap Dulu Dengan ‘Bahan Ini’
Bahan-bahan:
1. Potong daging lembu kepada ketulan besar-besar.
2. Panaskan minyak kelapa dalam kuali.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, dan halia yang telah dimayang bersama serai sehingga naik bau dan agak kekuningan.
4. Masukkan bahan yang telah digiling (cili kering, jintan manis, jintan putih, bunga lawang, bunga cengkih, kayu manis, dan belacan).
5. Tambahkan sedikit kerisik dan tumis sehingga naik bau wangi.
6. Masukkan daging yang telah dipotong bersama asam jawa, gula, kicap pekat, dan air. Biarkan masakan ini sehingga kuahnya menjadi pekat.
7. Masukkan daun kunyit, bawang besar yang dihiris bulat-bulat, dan cili merah yang dibelah empat. Masak sehingga kuahnya kering dan berminyak.
8. Angkat dan hidangkan daging tumis pedas ini panas-panas bersama nasi.
Selamat mencuba!
Sumber: Lisa Aisha
Baca juga: Wanita Kongsi Cara Masak Mi Kari Nyonya, Bertahun Guna Resipi Sama Tak Pernah Jemu!
Resipi kek kopi sememangnya antara kek klasik yang digemari ramai. Rasanya yang harum dengan sentuhan…
Sesiapa yang sering memasak di rumah pasti pernah berada dalam situasi santan pecah dan berketul.…
Tengah berehat, tiba-tiba mak mentua telefon bagitahu yang dia on the way ke rumah. Apa…
Nak sediakan hidangan untuk tetamu atau sekali-sekala nak masak sesuatu yang luar biasa untuk keluarga…
Bayangkan bau wangi mentega dari bread butter pudding yang memenuhi ruang rumah anda. Bukan sahaja…
Apabila tekak terasa kering, mulalah mencari pencuci mulut yang sejuk untuk dimakan. Tak perlu ke…