Categories: Resipi

Resipi Mi Kari Ekspres, Cara Ringkas Tapi Rasa Tetap ‘Onz’ & Kuah Pekat!

Tengah berehat, tiba-tiba mak mentua telefon bagitahu yang dia on the way ke rumah. Apa lagi, kalut tak masak. Nasib baik ada resipi mi kari ekspres ini.

Walaupun ekspres ataupun ringkas tapi tetap menyajikan rasa yang penuh nikmat. Tambahan lagi, dengan adanya tumisan 4 sekawan, kuah yang pekat dan cukup rasa buatkan mak mentua bangga dan puji!

Jom lihat resipi penuh di bawah ini.

Baca lagi: Ini Rahsia Cara Masak Air Gula Yang Pekat & Wangi, Boleh Buat Untuk Kenduri Atau Berniaga!

RESIPI MI KARI EKSPRES

Bahan-bahan:

  • 500g ayam, potong kecil (masukkan juga kaki ayam untuk rasa ekstra, jika ada)
  • 4 keping tauhu goreng, potong sederhana
  • Fishball atau fishcakes (ikut citarasa)
  • 3 ulas bawang putih, 2 biji bawang merah, sedikit halia, dan 1 sudu besar udang kering (dikisar halus)
  • 1 biji bawang merah dan sedikit halia (dihiris nipis)
  • 4 sudu besar rempah kari
  • Rempah 4 sekawan (1 bunga lawang, 1 kulit kayu manis, 1 biji buah pelaga, dan 1 bunga cengkih)
  • 1 tangkai daun kari
  • 200 ml santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

1.  Panaskan minyak dalam periuk dan tumis rempah 4 sekawan bersama hirisan bawang, halia, dan daun kari. Biarkan sehingga tumisan naik bau wangi.

2.  Campurkan bahan kisar bersama rempah kari dan tumis dalam periuk sehingga rempah masak sempurna.

3. Masukkan ayam dan kacau seketika hingga ayam sebati dengan rempah.

4.  Tuang air secukupnya untuk mendapatkan kepekatan kuah yang diingini, masukkan juga santan pekat.

5. Tambahkan fishball dan tauhu goreng. Biarkan kuah mendidih dan ayam serta bahan lain masak dengan sempurna.

6. Masukkan garam secukup rasa dan sesuaikan kepekatan kuah. Mi kari biasanya sedikit cair berbanding kari biasa.

7. Sambil kari mendidih, rebus telur dan celur sawi untuk hiasan. Masak juga air panas untuk merendam mi kuning seketika.

8. Letakkan mi yang telah dicelur dalam mangkuk, tuang kuah kari di atasnya. Hiaskan dengan hirisan cili merah, limau, telur rebus, dan sawi yang telah dicelur.

Sumber: Wan Erni Suria

Baca lagi: Resipi Sup Ayam Kuah Jernih & Tak Keruh, Rasa Pun ‘Clean’ Je!

Aisha Qistina

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

4 hours ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

4 hours ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

5 hours ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

5 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

6 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

9 hours ago