masak lemak udang nenas

Teringin pula nak makan Masak Lemak Udang Nenas ini. Memang makan bertambah dibuatnya sambil menjilat jari. Kalau nak buat rasa kuah yang pekat dan padu, boleh cuba resipi ini.

Dengan rasanya yang pedas-pedas lemak kuahnya, makan dengan nasi memang layan sangat. Lagi-lagi bila dicampurkan juga dengan daun kunyit.

Baca juga: Begini Cara Siang Udang Galah, Guna Pisau Atau Gunting Buang Kotoran

Daun kunyit ni ada baunya yang tersendiri. Bertambah wangi aroma kuah lemak kalau masukkannya sekali. Tambah lagi kita masakkan dengan sebarang seafood contohnya udang, ketam dan sebagainya. Akan menambahkan lagi rasa.

Sebenarnya masak macam ni je pun dah cukup sedap. Bayangkan kalau masukkan pula nenas sebagai penambah bahan yang membangkitkan lagi selera. Pasti kalau tengok saja pun dah buatkan anda terliur!

Jom ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Cheyah Saripuddin ini. Memang bangkit selera dibuatnya!


RESIPI MASAK LEMAK UDANG NENAS

bahan masak lemak udang nenas

Bahan-bahan:

  • 8-10 ekor udang harimau
  • 1/2 biji nenas
  • 1 biji bawang merah besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji cili merah (nak pedas tambah lagi)
  • Seinci kunyit hidup
  • Seinci halia
  • 1 batang serai diketuk
  • Seinci halia dibakar
  • Sekeping asam keping
  • 100ml santan (cheyah guna half kotak)
  • Garam dan gula
  • Air untuk pengisar

Cara memasak: 

1. Kisarkan semua bahan kecuali asam keping, serai dan santan. Panaskan bersama serai.

2. Sedikit mendidih, masukkan santan. Kacau sehingga ia cantik dan mesra sebati.

3. Boleh masukkan udang, asam keping, gula dan garam. Kacau lagi hingga nak kuah yang pekat.

4. Boleh masukkan nenas yang dibahagi dua tadi. Kacau hingga masak.

5. Sedia untuk dihidang.

masak lemak udang nenas


Selamat mencuba resipi Masak Lemak Udang Nenas ini.

Baca juga: Udang Masak Diraja, Penuh Rasa Dan Lemak Lemak Manis, Sedap Sangat!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN