Pucuk paku masak lemak merupakan salah satu hidangan tradisional yang lazat dan menyelerakan. Ia juga merupakan hidangan yang mudah disediakan untuk juadah berbuka ini.
Siapa kata sajian tradisi sukar disediakan? Tidak kira di kampung atau di bandar, bahan masakan tradisi seperti pucuk paku, ulam-ulaman, petai, rebung, santan, daun limau purut, kerisik, asam keping, ikan masin, semuanya mudah didapati di kebanyakan pasar raya.
Baca juga: Resipi Kambing Perap Ala Germany, Anak-Anak Mesti Berhantu Nak Makan!
Berikut adalah resipi dan cara memasak menerusi perkongsian dari Zulkifli Mat ini.
RESIPI MASAK LEMAK PUCUK PAKU
Bahan-Bahan:
- 2 ikat pucuk paku
- Segenggam ikan bilis
- 9 biji cili api – ditumbuk
- 1 cm isi kunyit – ditumbuk
- 2 biji bawang merah – ditumbuk
- 1 batang serai – dipotong halus
- 2 cawan santan pekat
- 1 cawan air
- Garam dan perasa secukup rasa
Cara Memasak:
1. Bersihkan pucuk paku dan ambil hanya daun-daun dan batang yang lembut. Bersihkan ikan bilis dan tumbuk kasar.
2. Masukkan pucuk paku dan ikan bilis ke dalam periuk bersama bahan-bahan yang ditumbuk dan serai yang dipotong halus. Tambahkan satu cawan santan pekat dan satu cawan air.
3. Apabila mendidih, tambahkan lagi satu cawan santan pekat. Jika ingin lebih banyak kuah, boleh tambahkan sedikit air.
4. Gaulkan dan perasakan dengan garam dan serbuk perasa. Pastikan santan tidak pecah minyak. Gaulkan secara berterusan. Apabila mendidih sekali lagi, masakkan sehingga masak sepenuhnya.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Zulkifli Mat
Baca juga: Sambal Ayam Bunga Kantan Resipi SEDAP, Sekali Rasa Mesti Terpikat!