makaroni goreng simple

Kalau korang nak masak makaroni goreng simple yang cepat, sedap dan sesuai untuk seluruh keluarga, resepi ini memang wajib cuba. Dalam masa 25 minit, dah siap untuk dihidang. Anak-anak confirm makan habis sepinggan!’

Resepi ini juga sangat sesuai untuk yang baru nak belajar memasak. Walaupun tak pernah masuk dapur, tak kenal jenis ikan atau sayur di pasar, resipi ini tetap mudah diikuti dan dijamin sedap hasilnya.

Baca juga: Resipi Spageti Goreng Daging Ala Tekak Melayu, Ringkas Tapi Buat Bertambah Pinggan!

RESEPI MAKARONI GORENG SIMPLE

makaroni goreng simple

Bahan-bahan:

  • 1/2 paket makaroni (400 gram)
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 paket ayam cincang
  • Oregano secukup rasa
  • Serbuk lada putih secukup rasa
  • Sos cili (dan sos tomato kalau ada di rumah)

Cara-cara:

  1. Rebus makaroni selama 7–10 minit dalam air yang dicampur sedikit minyak dan garam. Rebus ikut tahap kelembutan yang disukai.
  2. Tumis bawang. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang besar sehingga harum dan manis, kemudian masukkan bawang putih hingga kuning keemasan.
  3. Masukkan ayam cincang dan tumis sehingga semua daging berubah warna menjadi putih.
  4. Perasakan dengan oregano. Anggaran lebih kurang 1 sudu besar sudah memadai untuk masakan ini.
  5. Masukkan serbuk lada putih ikut citarasa. Untuk anak, cukup 1/2 sudu teh.
  6. Tambah sos cili secukupnya sehingga semua bahan sebati dan berwarna merah. Untuk rasa lebih seimbang, boleh tambah sos tomato atau puri tomato.
  7. Gaul makaroni yang telah direbus tadi dengan tumisan sos menggunakan api perlahan.
  8. Siap untuk dihidang. Hidangkan panas-panas dan nikmati bersama keluarga.

Sumber: Azila Ajid

Baca juga: Kuetiau Goreng Basah, Guna Resipi Ini Elok Berderai Elok Dan Tak Melekat!

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN