Categories: Resipi

Makaroni Bakar Mudah, Resipi Jimat Masa & Gerenti Sedap!

Kalau dah bosan makan juadah melayu, apa kata cuba resipi makaroni bakar mudah ini. Cara buatnya sangat senang dan juga jimat masa. Yang pastinya, sedap!

Makaroni ini dihidangkan bersama-sama sos putih dan pastinya akan jadi kegemaran mereka di rumah.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Cik Puan Jija Mychommel melalui laman sesawang Facebook.

Baca juga: Daging Bakar Danok, Macam Ini Barulah Suami Sayang!

RESEPI MAKARONI BAKAR MUDAH

Bahan-bahan:

  • 2 cawan makaroni – direbus
  • 1 tin sos spageti Prego (perisa tradisional)
  • Lada hitam Ajishio
  • 1 labu bawang besar – dicincang
  • 3 ulas bawang putih – dicincang
  • 1/2 cawan daging cincang (boleh guna lebih jika suka)
  • 1/2 tin cendawan – dipotong dadu
  • 1 biji lobak merah kecil – dipotong dadu
  • 1/2 biji capsicum – dipotong dadu
  • Olive – (jika tiada, boleh diabaikan)
  • Keju cheddar parut

Cara-cara:

1. Panaskan 3 sudu minyak zaitun dalam kuali.

2. Tumis bawang besar dan bawang putih yang dicincang hingga layu.

3. Masukkan lobak merah dan daging cincang. Kacau rata dan tambahkan sedikit air untuk melembutkan daging dan memasak lobak merah selama kira-kira 3 minit.

4. Masukkan cendawan, capsicum, dan olive (jika digunakan). Kacau seketika.

5. Tambahkan sos Prego dan makaroni yang telah direbus. Kacau rata.

6. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Tambahkan garam sedikit demi sedikit kerana sos Prego dan lada hitam sudah mengandungi garam.

7. Pindahkan campuran makaroni ke dalam bekas aluminium bersaiz 7×7 inci (dapat dua bekas). Jika tiada bekas aluminium, boleh gunakan loyang masak kek bersaiz 9×9 inci.

Bahan-bahan Sos Putih:

  • 2 cawan susu segar
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 4 sudu besar mentega
  • Sedikit garam

Cara-cara:

1. Masak bahan-bahan sos putih dalam periuk hingga pekat dan creamy, lebih kurang 5 minit.

2. Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni yang telah disediakan dalam bekas.

3. Parutkan keju cheddar (jika suka banyak keju). Lapis dengan kepingan keju cheddar di atasnya.

4. Bakar dalam oven pada suhu 160°C selama 20 minit atau sehingga keju cair dan keperangan.

Sumber: Jija Mychommel

Baca juga: Mi Kuah Meletop, Menu Sarapan Lain Dari Lain!

Aisha Qistina

Recent Posts

Kilang Lee Biscuits Di Pontian Henti Operasi Selepas 92 Tahun, Jenama Legenda Sejak 1934

Kilang Lee Biscuits yang sinonim dengan biskut nostalgia bakal menghentikan operasi pengeluaran di Pontian, Johor,…

24 hours ago

Resipi Nasi Goreng Udang Selambak, Lagi Padu Bila Makan Dengan Dua Penambah Rasa INI!

Nasi goreng udang selambak sesuai dijadikan pilihan untuk sarapan, makan tengah hari atau makan malam.…

1 day ago

Resipi Koktail Buah Creamy, Meriah Dengan Buah Warna-Warni… Sekali Cedok Tak Cukup!

Resipi fruit cocktail antara pencuci mulut yang sesuai dihidangkan ketika cuaca panas. Gabungan buah-buahan segar…

1 day ago

Resipi Sambal Ikan Tongkol Yang Menggoda Selera, Tambah Daun Kesum Terus Naik Aroma!

Ikan tongkol masak sambal antara hidangan yang cukup digemari ramai kerana gabungan rasa pedas, manis…

1 day ago

Resipi Dumpling Ayam Kukus, Inti Lembut Berjus Cicah Pula Sos Thai Memang Mantap!

Resipi dumpling ayam kukus ini sesuai untuk sesiapa yang teringin menikmati dumpling homemade dengan inti…

1 day ago

Resipi Mini Burnt Cheesecake 7 Bahan Jadi Keperangan Elok Ala Bakeri, Saiz Kecil Tapi Padu Berkrim!

Resepi mini burnt cheesecake ini sesuai dijadikan pencuci mulut untuk keluarga atau tetamu. Saiznya yang…

1 day ago