Categories: Resipi

Lempeng Pisang Kelapa, Orang Dulu Guna Pisang Jenis ‘Ini’ Baru Sedap

Tatkala petang hampir tiba, mak-mak mesti terfikir nak buatkan minum petang untuk anak-anak. Apa kata hari ini anda cuba buat Lempeng Pisang Kelapa?

Tepek atau Lempeng Pisang Kelapa merupakan kuih tradisional masyarakat Melayu yang diperbuat dari pisang berintikan kelapa.

Buat anda yang berasal dari kampung, pasti anda pernah memakannya sebelum ini. Orang dulu-dulu memasak dengan menggunakan daun pisang yang dilayor di atas api.

Kemudian, adunan seperti jejemput atau cucur akan diratakan di atasnya dan kelapa parut diletakkan diatas sebelum dilipat.

Jika anda ingin tahu bagaimana rasa Lempeng Pisang Kelapa, anda boleh mengikut resepi yang dikongsikan oleh Eniza M. Salim di Facebook ini.

Baca juga: Lempeng Guna Daun Pisang, Auto Teringat Nostalgia Zaman Kecil Dulu-Dulu

RESIPI LEMPENG PISANG KELAPA

Bahan-bahan:

  • 1 hingga 2 cawan tepung gandum
  • Sedikit garam
  • Gula (ikut selera anda, jika mahu manis letakkan banyak)
  • Sedikit kelapa parut
  • Sedikit minyak atau butter
  • 7 hingga 8 biji pisang emas
  • Air (untuk adunan, jangan terlalu keras dan lembik)

Cara-cara:

1. Pertama sekali, penyekkan atau lenyekkan pisang.

2. Setelah pisang dilenyek atau dilecek, masukkan tepung gandum, gula, garam dan kelapa parut.

3. Kemudian tambahkan air sedikit demi sedikit dan cuba pastikan adunan tidak menjadi terlalu cair.

4. Masa untuk menggoreng! Letakkan sedikit minyak dan letakkan adunan tadi.

5. Bila lempeng sudah masak. Angkat dan sedia untuk dihidang. Siap!

Manalah tahu mak-mak kering idea, boleh buat hidangan ini. Minum petang dengan Lempeng Pisang Kelapa bersama seisi keluarga memang cukup membahagiakan.

Selain minum petang, ia juga sesuai dijadikan sebagai sarapan. Kami yakin keluarga anda pasti sukakannya nanti.

Hidangan ini lebih sedap jika dinikmati bersama gula merah atau kelapa parut. Biasanya kanak-kanak suka memakannya bersama susu pekat.

Hidangkan bersama teh atau kopi panas, lagilah selera terangkat. Entah-entah makan satu pun tak cukup dibuatnya.

Selamat mencuba!

Sumber: Eniza M. Salim

Baca juga: Lempeng Pisang Cara Kampung, Wangi Dan Lazat Ikut RESIPI Ini

Aimi

Recent Posts

Rahsia Pes Cili Kisar Tahan Berbulan, Ini Cara Tumis Supaya Minyak Tak Terpercik Satu Dapur!

Pes cili kisar antara bahan penting yang selalu digunakan dalam masakan seperti sambal tumis, nasi…

41 minutes ago

Tak Perlu Banyak Bahan, Ini Cara Buat Mi Rebus Terengganu Untuk Hidangan Sekeluarga!

Resipi mi rebus Terengganu ini sesuai dicuba bagi yang menggemari hidangan mi berkuah panas dengan…

46 minutes ago

Cara Buat Donat Susu Gebu, Doh Yang Sama Boleh Buat Bomboloni & Aneka Jenis Roti!

Cara buat donat susu yang gebu dan lembut sebenarnya tidaklah sesukar yang disangka. Dengan gabungan…

1 hour ago

Cara Elak Mengantuk Selepas Makan, Hanya Guna 2 Helai Daun Pandan Dan Secawan Air Suam!

Pernah rasa mengantuk selepas makan tengah hari sehingga mata terasa berat dan badan lesu? Ada…

2 hours ago

Cara Peram Avocado Supaya Cepat Masak, Guna Beras Dan Tisu Saja Dua Hari Dah Menjadi!

Avocado yang masih keras memang memerlukan masa sebelum boleh dinikmati. Namun, ada cara peram avocado…

2 hours ago

Malas Guna Banyak Periuk? Cuba ‘One Pot Chicken Rice’, Nasi Pun Wangi Aroma Halia & Bawang Putih

Resipi One Pot Chicken Rice ini sesuai untuk peminat nasi ayam yang mahukan cara penyediaan…

5 hours ago