Mari kita cuba resipi makanan ikut warna bendera Malaysia. Macam yang semua tahu, makanan di negara kita memukau dengan kepelbagaian rasa dan aroma yang menyelerakan.
Daripada hidangan tradisional hinggalah ke food street, Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan yang tiada tandingannya.
Baca juga: Aiskrim Malaysia Jalur Gemilang, Boleh Buat Aktiviti Bersama Anak-anak
Jom kita lihat resipi-resipi makanan mengikut warna bendera yang boleh dicuba.
1. Warna biru – Kuih Lapis Bunga Telang
Lapisan putih:
Cara buat lapisan putih:
1. panaskan gula, daun pandan, air, garam sampai gula hancur. Sejukkan.
2. Sudah sejuk buang daun pandan. Masukkan santan dan semua tepung tadi. Kacau sebati kemudian tapis.
Lapisan biru:
Cara buat lapisan biru:
1. Panas air, jus bunga telang, daun pandan, gula, garam hingga gula hancur, sejukkan.
2. Bila sejuk, buang daun pandan. Masukkan santan dan semua tepung.
3. Kacau sebati dan tapis.
Cara mengukus:
1. Panaskan kukusan dengan api kuat. Sapu minyak dekat loyang. Tuang adunan putih. Kukus 3 minit.
2. Tuang pula adunan biru dan kukus 3 minit.
3. Ulang sampai habis. Setiap kali tuang adunan dlam 125 -130 ml
4. Akhir kukus 10 minit, 5 minit api sederhana. Potong bila sejuk
Resipi oleh: Nor Mardiana
2. Warna kuning: Pulut Kuning Diraja
Bahan-bahan:
Cara membuatnya:
1. Cuci beras pulut sebanyak 3 kali.
2. Rendam beras pulut dengan serbuk kunyit babas dan asam keping selama lebih kurang 5 jam.Boleh guna serbuk kunyit sebab warna pulut kuning akan jadi lebih cantik.
3. Kukus beras pulut yang telah ditapis bersama daun pandan selama 30 minit.
4. Kemudian kecilkan api dapur sementara kita nak gaul santan yang telah diletak 1 sudu garam.
5. Gaul pulut kukusan pertama tadi bersama santan (ketika pulut masih panas ).
6. Kemudian kukus untuk kali kedua dengan daun pandan juga selama 20 minit sahaja. Siap.
Resipi oleh: Salma Normi Saleh
3. Warna merah: Udang Masak Merah
Bahan-bahan:
Cara-cara memasak:
1. Mula-mula bersihkan dan kopek kulit udang. Tidak kopek tidak mengapa mengikut selera.
2. Semua bahan bertanda *ditumbuk atau diblend.
3. Panaskan minyak, tumis bahan bertanda *.
4. Bila bahan tumis sudah kering sedikit, masukkan cili kering, sos tiram, sos tomato dan sos cili. Jangan letak sos banyak-banyak nanti tidak sedap.
5. Tumis sampai pecah minyak gunakan api perlahankan, kalau kuat nanti terhangit, sambal jadi pahit.
6. Jika sudah garing, masukkan air sedikit.
7. Agak-agak sudah pekat, masukkan garam, penyedap rasa sedikit untuk menstabilkan rasa.
8. Untuk cantikkan sambal, titikkan kicap sedikit supaya Nampak gelap sedikit.
9. Seterusnya masukkan udang. Bila udang sudah masak, tutup api. Hias dengan hirisan bawang.
Resipi oleh: Zulkifli Mat
4. Warna Putih: Bubur Sum Sum
Bahan-bahan:
Cara-cara penyediaan:
1. Masukkn semua sekali bahan-bahan.
2. Jangan bukak api lagi. Gaul sehingga sebati jangan sampai berketul.
3. Dah sebati tak berketul baru bukak api perlahan dan kacau sehingga likat jangan tinggal.
4. Bila tepung dah meletup, itu kira dah masak. Tutup api san sejukkan.
5. Masak air gula merah ikut kemanisan sendiri. Kalau air gula likat sikit baru sedap dengan lemak Sum Sum itu
6. Simpan dalam peti sejukbeku. Dah sejuk sedap makan.
Resipi oleh: Farah Yuhana
Selamat Hari Merdeka!
Baca juga: Apam Polkadot Corak Bendera Malaysia, Gebu & Comel Kejadiannya!
Orang yang duduk di kampung suka bela ayam sendiri untuk dimasak, tapi isi dan tulangnya…
Apabila cuaca panas di luar dan tekak rasa dahaga, terus terbayang pencuci mulut yang sedap…
Hari ini nak makan mi segera yang sedap, tapi kenalah buat versi luar biasa. Oleh…
Inspirasi dari resipi pencuci mulut berasaskan labu yang kerap muncul di media sosial musim luruh…
Laksa goreng Penang adalah hidangan yang menggabungkan rasa klasik laksa dengan teknik goreng ala masakan…
Sesiapa yang baru kali pertama dengar tentang Ayam Masak Burma dan belum pernah membuatnya sebelum…