Tubuh badan manusia memerlukan makanan tinggi zat besi untuk mencegah anemia. Anemia merupakan kondisi di mana tubuh kekurangan sel darah merah iaitu zat besi dan hemoglobin.
Individu yang mempunyai penyakit ini akan mudah berasa letih, lemah badan dan beberapa tanda lain seperti di bawah.
Tanda anemia yang tidak disedari:
- Keletihan
- Kelemahan
- Kulit pucat atau kekuningan
- Denyutan jantung tidak teratur
- Bengkak lidah dan mulut
- Sesak nafas atau sakit dada
- Rambut rosak dan kulit kering
- Kuku rapuh
- Tangan dan kaki sejuk
- Sakit kepala atau pening
Sebenarnya anemia disebabkan oleh punca yang berbeza. Tetapi yang paling kerap berlaku adakah anemia kekurangan zat besi.
Baca juga: 8 Jenis Ketam Popular Di Malaysia, No.3 Paling Manis & Lembut!
MAKANAN TINGGI ZAT BESI UNTUK CEGAH ANEMIA
Cara paling mudah untuk mengelak anemia adalah melalui pemakanan harian yang boleh diperolehi dalam dua bentuk iaitu heme dan juga bukan heme.
Zat besi heme lebih mudah diserap oleh tubuh badan berbanding zat besi bukan heme. Sumber makanan yang terbaik untuk mendapatkan zat besi heme adalah:
- Daging merah seperti daging lembu, kambing
- Ayam
- Lembu
- Ikan seperti salmon atau tuna
- Kerang dan tiram
- Bahagian organ haiwan seperti hati
Zat besi bukan heme pula diserap secara kurang berkesan berbanDing zat besi heme. Kebanyakan zat besi ini berasal dari sumber tumbuhan dan terdapat dalam biji-bijian dan sayur-sayuran.
Berikut merupakan contoh sumber zat besi bukan heme:
- Bijirin, beras, gandum dan oat yang diperkaya
- Sayuran berdaun hijau gelap seperti bayam dan kangkung
- Buah kering seperti kismis dan aprikot
- Kekacang seperti lentil dan kacang soya
Sumber: Hello Doktor
Baca juga: Cara Halau Lalat Paling Berkesan, Tak Sampai 5 Minit Semua ‘Hilang’