turun berat badan

Turun berat badan bukan perkara mudah, tetapi seorang lelaki membuktikan perubahan kecil yang dilakukan secara konsisten mampu memberikan hasil. Dalam tempoh sebulan, beliau berjaya turun daripada 90kg kepada 84.4kg.

Rahsianya cukup ringkas iaitu menjaga pemakanan, mengawal portion makanan dan berjalan antara 7,000 hingga 10,000 langkah sehari tanpa melakukan diet ekstrem.

Baca juga: Cuti Pun ‘Jiwa Barista’ Tak Hilang, Cara Suami Ini Tuang Pelembut Buat Ramai Terhibur

TURUN BERAT BADAN 5.6KG DENGAN MENU HARIAN MUDAH

turun berat badan

Menurut perkongsiannya di Facebook, beliau memulakan hari dengan dua hingga tiga biji telur rebus sebagai sarapan.

Snek pagi pula terdiri daripada buah seperti pear, pisang, jambu batu atau timun mini.

Untuk makan tengah hari dan malam, beliau mengambil nasi sekitar tiga hingga empat sudu bersama sayur air, ulam serta protein seperti ikan bakar atau ayam bakar.

Jika lapar pada waktu malam, buah menjadi pilihan.

JALAN KAKI SETIAP HARI BANTU PERUBAHAN LEBIH KETARA

Selain mengawal makanan, beliau turut mengamalkan berjalan 7,000 hingga 10,000 langkah setiap hari.

Gabungan pemakanan yang lebih teratur dan aktiviti fizikal ringan itu membantu beliau mencapai perubahan yang diinginkan secara konsisten.

DULU TAK BOLEH PUSH-UP, KINI DAH MAMPU BUAT 7 KALI

Bukan sahaja berat badan berubah, tahap kecergasan beliau juga semakin meningkat.

Jika sebelum ini tidak mampu melakukan push-up, kini beliau sudah boleh melakukan tujuh kali walaupun masih berasa mencabar.

Bagi beliau, pencapaian itu menjadi bukti bahawa usaha kecil yang dilakukan setiap hari mula membuahkan hasil.

SASARAN SETERUSNYA TURUN BERAT BADAN 75KG

Walaupun sudah berjaya turun 5.6kg, perjalanan masih diteruskan dengan sasaran mencapai berat 75kg.

Beliau juga merancang untuk memulakan latihan resistance bagi membina kekuatan otot dan meningkatkan kecergasan.

Kisah ini menunjukkan bahawa untuk berubah, tidak semestinya perlu bermula dengan langkah besar. Kadang-kadang, cukup dengan jaga makan, bergerak lebih banyak dan kekal konsisten.

Semoga bermanfaat!

Sumber: Fadheez Ghazali

Baca juga: Turun 34Kg Walaupun Masih Makan Di ‘Mamak’, Lelaki Ini Kongsi Cara Order Yang Ramai Tak Tahu

Resipi 20 Minit Siap

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN