Maggi celup memang cukup terkenal di Kelantan. Kalau ke restoran Kelantan atau Thailand, mesti ada menu ini di kedai makan.
Selain mi segera, boleh juga guna bihun atau kuetiau. Dinikmati dengan sup panas serta pelbagai lauk memang sedap dan mengenyangkan.
Lagi best kalau makan waktu cuaca sejuk. Memang puas! Nak cuba? Afy Al Habibi ada kongsi resipinya di bawah.
Baca juga: Cara Hilangkan Rasa Kapur Pada Mi Kuning, Ikut Petua Ini Dijamin Berkesan!
RESEPI MAGGI CELUP KELANTAN
A. Resipi Sup
1. Penuhkan air dalam periuk dan masukkan:
- Daging buku besar (jangan hiris)
- Tulang
- 1 sup bunjut
- Akar ketumbar
2. Setelah daging separa empuk, masukkan perut yang telah dicuci bersih dan ketulan ayam.
- Perasakan dengan secubit dua garam sahaja.
(Sup perlu tawar supaya boleh tambah bahan-bahan lain semasa makan.)
3. Keluarkan isi sup tadi dan tambahkan:
- 1 sudu kicap lemak manis
- 1 sudu kicap pekat Jalen
- 1 sudu sos ikan
(Kuantiti bergantung pada sukatan air. Rujuk gambar untuk warna sup yang diingini.)
4. Masukkan segenggam taugeh untuk kelainan rasa.
5. Teruskan mendidih sup dengan api perlahan.
B. Aneka Lauk
Lauk yang dikeluarkan tadi dipotong nipis atau dicarik isinya dan diletakkan dalam bekas.
(Isi ayam digoreng seketika untuk rasa lebih sedap.)
C. Aneka Mi dan Sayur
1. Penyediaan nasi air:
- Masak beras hingga menjadi bubur nasi.
2. Celur mi / bihun / kueytiaw / maggi dalam air mendidih.
3. Celur kangkung yang telah dipotong, diikuti taugeh.
- Jangan celur terlalu lama untuk kekalkan kerangupan. (Rendam seketika dalam air sejuk supaya warnanya masih hijau dan rangup.)
D. Aneka Rencah Perasa
- Gula
- Garam halus
- Kacang tanah tumbuk
- Air lada
- Bawang goreng
- Bawang putih goreng dadu (beli siap)
- Lobak jeruk asin
- Cili siam jeruk
- Sos ikan
- Perencah maggi
- Serbuk chili flakes
- Limau nipis
- Daun sup
- Serbuk lada sulah (tiada dalam gambar)
E. Cara Hidangan
- Masukkan mi/kuetiauyang telah dicelup.
- Sendukkan kuah sup panas berasap.
- Tambahkan serba sedikit bahan rencah.
Sumber: Afy AL Habibi
Baca juga: Cara Celur Mihun Yang Betul, Barulah Cantik Elok Dan Tak Putus