Mari cuba resipi Lobak Putih Masak Lemak Udang. Walaupun cara untuk memasak lobak putih ini kelihatan mudah, namun rasanya amatlah memikat. Pasti akan terbuka selera untuk menambah nasi!
Lobak putih bukanlah hanya untuk digunakan sebagai hidangan semasa pantang. Terdapat pelbagai manfaat yang terkandung dalam lobak putih yang sering kali kita tidak menyedarinya.
Baca juga: Masak Lemak Kubis Paling ‘Basic’, Yang Baru Nak Belajar Masak Pun Boleh Cuba
Selain daripada memberi kesan yang baik terhadap kecantikan kulit dan membantu dalam penurunan berat badan, lobak putih juga mampu merawat masalah kesihatan seperti jaundis dan mencegah jangkitan saluran kencing.
Sayur ini juga amat baik untuk membantu dalam pencegahan kanser, menjaga kesihatan jantung, mengurangkan berat badan, merawat gangguan pernafasan dan sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi dan diabetes.
Resipi ini dikongsi oleh Cik Puan Atinz Cradle Deco. Beliau menggunakan bahan yang mudah didapati dan proses penyediaannya sangatlah mudah.
RESIPI LOBAK PUTIH MASAK LEMAK UDANG
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 batang lobak putih
- 2 biji cili merah besar*
- 3 biji cili merah kecil pedas*
- Setengah labu bawang merah besar*
- Udang putih kecil (ikut citarasa, boleh letak banyak atau sikit)
- Sedikit udang kering
- Santan kotak kecil
- Asam keping saiz kecil sahaja*
Cara-cara memasak:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali dan tumis bahan yang ditanda dengan perlahan.
- Masukkan udang putih dan udang kering ke dalam kuali.
- Tambahkan lobak putih dan masak sehingga lobak menjadi sedikit lembut.
- Kemudian, masukkan santan, garam, dan sedikit gula ke dalam kuali.
- Biarkan campuran mendidih dan kemudian tutup api. Sudah boleh dihidang.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Atinz Cradle Deco
Baca juga: Sembilang Salai Masak Lemak Cili Api, Ikut Style ‘Nogori’ Punya Resipi