kenali jenis sudip

Mari kenali jenis sudip yang berada di dapur kita. Kita selalu menggunakannya tapi masih ada yang belum mengenali sepenuhnya nama serta kegunaannya yang betul. 

Sudip adalah salah satu perkakas dapur yang sering digunakan dalam proses memasak. Walaupun kelihatan ringkas, namun peranan sudip dalam memastikan hidangan menjadi sedap dan berkualiti tidak boleh diabaikan.

Baca juga: Kenali Anggaran Sukatan Cawan, Tips Untuk ‘Home Baker’ Yang Baru Berjinak

Terdapat pelbagai jenis sudip, ia direka untuk tujuan dan kegunaan yang berbeza dalam penyediaan hidangan. Jadi, MyResipi ingin kongsikan beberapa jenis sudip yang lazim digunakan dan kegunaannya dalam masakan. 

KENALI JENIS SUDIP DAN KEGUNAANNYA

kenali jenis sudip

1. Sudip Spatula (Leak Shovel)

Ia juga dikenali sebagai spatula dapur, adalah alat yang serba boleh yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Ia sesuai untuk mengadun, mengacar, menggoreng, atau membalikkan bahan semasa memasak. Sudip spatula datang dalam pelbagai saiz dan bentuk, serta boleh ditemui dengan lapisan anti-lekat untuk memudahkan penggunaan semasa memasak.

2. Sudip Senduk (Big Spoon)

Sudip yang direka khas untuk mengambil sup atau kuah. Ia mempunyai rekabentuk permukaan yang dalam dan bulat, membolehkan pengguna untuk mengambil kuantiti sup atau kuah yang mencukupi tanpa tumpah.

3. Sudip Pasta Server (Noodles Spoon)

Kegunaan sudip pasta server ini adalah untuk mengangkat pasta dari air mendidih semasa memasak, dan mengendalikan sayur-sayuran yang direbus. Ia membantu memastikan pasta disiapkan dengan sempurna dan disajikan dengan konsistensi yang baik.

4. Sudip Colander

Kegunaan sudip colander secara ringkas adalah untuk menapis makanan, seperti pasta, sayur-sayuran, atau bijirin, dari air atau cecair yang telah digunakan semasa proses memasak.

Ia membantu memisahkan makanan dari cecair dengan mudah dan membolehkan penapisan yang cepat dan efisien sebelum menyajikan atau mengolah makanan lebih lanjut.

5. Sudip Skimmer (Fishing Utensil)

Mempunyai rekabentuk berongga dengan lapisan helaian logam halus. Sudip ini digunakan untuk mengangkat bahan-bahan yang dimasak dalam air mendidih seperti sayuran atau daging dari air rebusan. Ia mengasingkan air secara berkesan tanpa perlu mengalihkan bahan secara langsung.

6. Sudip Pencampur (Scrapper)

Alat yang digunakan untuk mencampur bahan-bahan kering dan cecair secara rata. Ini berguna dalam penyediaan adunan untuk kek, roti, atau adunan lain yang memerlukan konsistensi yang seragam. Sudip pencampur ini selalu datang dalam bentuk yang ergonomik untuk memudahkan penggunaan dan keselesaan semasa mengadun.


Jenis-jenis sudip yang berbeza memainkan peranan penting dalam penyediaan hidangan yang sedap dan berkualiti. Dengan menggunakan sudip yang betul untuk tujuan yang betul, proses memasak akan menjadi lebih mudah dan berkesan.

Oleh itu, setiap dapur perlu dilengkapi dengan pelbagai jenis sudip untuk memenuhi keperluan memasak harian.

Sumber: Lemon8 Puan Syuhaida

Baca juga: Jangan Terikut ‘Trend’ Beli Perkakas Dapur Murah & Viral, Bahaya! Ini Kesan Buruknya

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN