Bila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!
PENULIS
najahnurul
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
20 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
LIME CURD JAM KETO MOTTAINAI
Bila tengah diet je mesti teringin nak makan benda manis kan? Nak makan jem buah nanti takut berat naik sebab kebanyakkan jem buah yang jual di pasar raya banyak gula. Tapi jangan risau resepi jem buah hari ini sangat sesuai untuk orang yang tengah berazam nak turunkan berat badan. Kalau beli di kedai boleh cecah RM30 satu botol. Jadi jom cuba resepi yang dikongsikan oleh MinSha di Cookpad!
BAHAN-BAHAN
50-60 ml Jus Limau Nipis
60g Lakanto Sugar (boleh ganti dengan castor sugar kalau non-keto)
30g salted butter
Secubit garam himalaya
Limau nipis (hiris halus buang biji)
1 biji telur (kacau manja)
Kredit: MinSha
CARA PENYEDIAAN
Masukkan semua bahan kecuali telur dalam bekas kaca atau tahan panas.
Didihkan air di dalam periuk.
Double boil di atas periuk sehingga semua gula cair.
Pukul manja telur sehingga putih dan kuning telur menjadi sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk dan kacau sentiasa sehingga menjadi likat dalam 10 hingga 20 minit.
Calitkan pada belakang sudu dengan menggunakan jari, sekiranya garisan calit tidak bercantum semula, jem dah siap.
Boleh makan dengan lempeng, roti, biskut atau makan begitu sahaja.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.