lepat cendol

Lepat cendol adalah pencuci mulut tradisional yang mudah disediakan dan sangat enak. Gabungan rasa lemak manis dan tekstur kenyal, ia sesuai dinikmati bila-bila masa.

Tambahan lagi, lepat cendol ini sukar dicari dan tak ramai peniaga yang menjualnya. Jadi, ambil peluang ini dan cuba buat sendiri di rumah.

Silap haribulan, lepat cendol ini akan jadi salah satu kuih viral di Malaysia. Jom tengok resipi penuh di bawah!

Baca lagi: Perapan Ayam Penyet Paling Mudah Dan Sedap, Resipi Ini Gerenti Menjadi!

RESIPI LEPAT CENDOL

Bahan-Bahan:

  • 1 cawan tepung jagung
  • 5 cawan santan cair (Gunakan 1 kotak kecil santan Kara dicampur dengan 4 cawan air)
  • ¾ cawan gula
  • Sedikit garam untuk rasa lemak
  • 1 cawan cendol
  • Daun pisang untuk membalut (atau gunakan bekas jika tiada daun pisang)

Cara Penyediaan:

1. Campurkan tepung jagung, santan cair, gula, dan garam di dalam periuk.

2. Kacau semua bahan sehingga sebati.

3. Hidupkan api sederhana. Masak adunan sambil terus kacau hingga pekat dan berbuih meletup pop pop.

4. Apabila adunan sudah pekat, tutup api.

5. Tunggu adunan suam sedikit, kemudian masukkan cendol.

6. Kacau rata supaya cendol tersebar sekata dalam adunan.

7. Ambil daun pisang, sudukan adunan cendol ke atasnya dan gulung dengan kemas. (Gunakan piring sebagai alas kerana adunan masih panas.)

8. Jika tidak mahu membalut, masukkan sahaja adunan ke dalam bekas atau acuan pilihan.

9. Letakkan lepat di dalam peti sejuk sehingga sejuk sepenuhnya.

10. Setelah sejuk, lepat cendol sedia untuk dinikmati.

Tip Tambahan:

  • Jika menggunakan daun pisang, layurkan daun pisang di atas api perlahan supaya lebih lembut dan mudah digulung.
  • Simpan lebihan lepat di dalam peti ais untuk mengekalkan kesegarannya.

Sumber: Lia Yob Ibrahim 

Baca lagi: Resipi Bingka Susu Kastard, Cair Dalam Mulut Sampai Jiran Minta Ajar!

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN