lempeng sayur

Lempeng sayur satu menu yang sangat ringkas dan lazat. Sering dihidangkan sebagai menu utama sarapan atau minum petang bersama-sama sambal tumis ikan bilis. 

Resipi ini juga sesuai untuk mereka yang baru berjinak-jinak ingin menurunkan berat badan kerana menu ini akan membuatkan anda berasa kenyang lama.

Dari Dapur Dak Maz, MyResipi akan kongsikan cara untuk membuat lempeng sayur bersama sambal tumis ikan bilis.

Baca juga: Jangan Panik Kalau Tercekik Tulang Ikan, Cuba 11 Petua Ini Untuk Hilangkan!

RESIPI LEMPENG SAYUR & SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

Bahan-bahan lempeng sayur:

  • 1 paket 850 gram tepung gandum
  • 1 ikat daun bawang & daun sup
  • 1 labu bawang merah
  • 1 sudu teh baking powder
  • 2 biji telur ayam
  • 1 jug air putih (ikut kesesuaian adunan)
  • Pewarna kuning
  • Garam & serbuk perasa
  • Minyak masak

Bahan-bahan sambal ikan bilis:

  • 1 cawan ikan bilis
  • 2 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah
  • Sedikit belacan
  • Garam & gula secukup rasa
  • Minyak masak

Cara-cara membuat lempeng sayur:

1. Hiris nipis bawang merah dan potong daun bawang serta daun sup, kemudian satukan bahan-bahan tersebut.

2. Gaulkan semua bahan, pecahkan telur, dan masukkan air sedikit demi sedikit untuk mendapatkan adunan yang betul.

3. Terakhir, tambahkan perasa. Biarkan adunan selama 1/2 jam sebelum dimasak.

4. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper.

5. Sebelum memasak, oleskan sedikit minyak pada permukaan kuali.

6. Gunakan api perlahan. Terbalikkan lempeng apabila bahagian bawah sudah kelihatan keperangan sedikit.

Cara-cara membuat sambal tumis ikan bilis:

1. Panaskan sedikit minyak dalam kuali.

2. Tumis bawang merah, bawang putih, dan cili merah hingga harum.

3. Masukkan belacan dan ikan bilis, dan tumis sehingga ikan bilis menjadi rangup.

4. Tambahkan garam, gula, dan perasa secukup rasa. Gaul rata.

5. Sambal tumis ikan bilis siap untuk disajikan bersama lempeng sayur.

Dengan mengikut resipi yang lengkap ini, anda dapat menikmati lempeng sayur yang gebu gebas serta sambal tumis ikan bilis yang sudah tentunya cukup rasa!

Selamat mencuba.

Sumber: Dapur Dak Maz

Baca juga: Cara Simpan Gula Melaka Agar Tak Mudah Cair & Cepat Berkulat

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN