Tiada idea nak buat hidangan makan pagi atau minum petang? Jom cuba buat Lempeng Pisang cara kampung ini. Hidangan ini merupakan sejenis makanan yang popular di pelbagai negara terutamanya di Malaysia dan Indonesia.
Ia adalah sejenis kuih yang diperbuat daripada adunan tepung gandum yang dicampur dengan pisang masak yang ditumbuk atau ditumbuk.
Campuran ini kemudiannya digoreng sehingga perang keemasan dan biasanya dihidangkan sebagai snek atau pencuci mulut.
Baca juga: Serabi Pandan Kuah Kinca, Penkek Tradisional Indonesia Yang Boleh Dicuba
Lempeng jenis ini selalunya mempunyai rasa manis semulajadi daripada pisang yang digunakan sebagai bahan utama. Ia adalah makanan ringan yang popular dan sering dijual di pasar, gerai jalanan atau restoran sebagai pencuci mulut.
Ikuti resipi dari perkongsian Cik Puan Chek Kuna Ahmad di bawah.
RESIPI LEMPENG PISANG CARA KAMPUNG
Makanan orang kampung, lempeng pisang. Makan tengah paneh-paneh memang sedap!
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Pisang
- Gula
- Tepung gandum
- Kelapa parut digaul dengan garam
- Daun pisang
- Sedikit minyak
Cara-cara penyediaan:
1. Tumbuk atau lenyek pisang sehingga hancur/halus.
2. Masukkan sedikit gula. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum. Kacau rata dan sebati.
4. Lap/bersihkan daun pisang.
5. Sapu minyak sedikit daun pisang. Ratakan dengan tisu.
6. Ambil beberapa sudu adunan tadi.. ratakan. Ketebalan mengikut citarasa. Taburkan kelapa parut.. sapu rata. Lipatkan adunan.
7. Panaskan kuali. Masak lempeng sehingga masak dan garing.
Selamat mencuba resipi Lempeng Pisang cara kampung ini.
Sumber: Facebook Chek Kuna Ahmad
Baca juga: Cara Buat Lempeng Kosong Kampung, Sedap Cicah Bersama Sambal Bilis