Lemang periuk kera semakin diminati oleh pencinta lemang tempatan dan sering mendapat permintaan tinggi setiap kali menjelang lebaran. Sekali gus dijadikan sebagai menu istimewa pada pagi Syawal sekitar negeri Pahang dan Johor.
Penggunaan kelongsong periuk kera untuk memasak lemang dikatakan memberi rasa kelainan dan lebih sedap berbanding dengan lemang yang dibungkus menggunakan buluh.
Baca juga: Rahsia Pokok Kari Tumbuh Segar Merimbun, Hanya Perlu Guna Beras!
Namun begitu, kesedapan yang dirasai serta ancaman kepada periuk kera sering diperdebatkan di media sosial terutama dalam kalangan pakar bidang botani dan pencinta haiwan.
Perkara utama yang perlu dititikberatkan sebelum menghidangkan lemang periuk kera atau nama saintifiknya Nepenthes Mirabilis adalah ia merupakan mangkuk tandas kepada kelawar dan tupai.
Memetik kenyataan Prof. Emeritus Datuk Dr. Abdul Latiff Mohamad iaitu felo penyelidik dan pensyarah dalam bidang Botani & Pemuliharaan Biologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), beliau menzahirkan kerisauan tentang aktiviti menjual periuk kera ini secara berleluasa.
Beliau berkata, spesies periuk kera terutama Nepenthes Mirabilis akan mendapat nasib sama seperti Nepenthes Ampullaria yang telah pupus di hutan negeri Pahang sekiranya aktiviti mengutip periuk kera tidak dibanteras.
“Saya mohon Jabatan Perhutanan segera mewartakan semua 13 spesies periuk kera di Semenanjung Malaysia dan meletakkannya dalam spesies yang dipelihara dan dipulihara.” katanya menerusi laman sesawang Facebook.
13 spesies yang dikatakan itu telah disenarikan sebagai spesies terancam oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Selain itu melalui akaun X rasmi @ZoologiMy yang menyatakan persoalan, benarkah semua pengusaha hanya menggunakan Nepenthes Ampullaria untuk dijadikan kelonsong lemang?
“Tiada masalah sekiranya pengusaha menanam sendiri periuk kera. Namun, yang menjadi masalah apabila penuaian Nepenthes Ampullaria secara liar dan tidak terkawal dan kadang kala diambil spesies lain kerana seakan sama.”
Menerusi kajian dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) para saintis menemui tumbuhan karnivor ini bertahan kerana kotoran yang diterima dari kelawar.
Kelawar menggemari periuk kera dan menjadikan sebagai sarang serta sumber nutrien utama daripada kotoran mamalia itu. Malah, najis kelawar juga merupakan baja utama kepada periuk kera dengan 34 peratus keperluan nutrien.
Oleh itu, adalah kita masih mengiktiraf lemang periuk kera sebagai makanan tradisi melayu?
Baca juga: Cara Rebus Jantung Pisang Yang BETUL, Hasil Memang Cantik Dan Tiada Birat Hitam
Pelbagai jenis bahan rempah yang sering digunakan dalam masakan. Kali ini, kami nak anda tahu…
Jika ada masa terluang di rumah, mak-mak boleh cuba resepi popia cheese ini kerana cara…
Resipi pisang goreng belon ini berbeza dari pisang goreng biasa kerana ia mengembung apabila digoreng…
Resipi sup ayam adalah hidangan yang mudah disediakan, menyihatkan dan sangat sesuai dinikmati ketika cuaca…
Mufin vanila adalah pilihan terbaik untuk minum petang atau sarapan pagi. Resipi ini mudah, pantas…
Nampak ada lebihan mee kuning, terus terfikir nak kongsikan kepada anda tentang resepi Mee Kuah…