Menulis entri kali ini membuatkan mulut sendiri berair. Anda perlu rasa kesedapan masak lemak cili api nangka muda dan ayam ini!
Lauk Melayu yang sarat dengan rasa lemak santan dan pedas cili padi memang buat menjilat jari sungguh!
Anda boleh jadikan menu makan tengahari kerana cara membuatnya tidak begitu renyah.
Jom baca perkongsian resipi di bawah.
Baca juga: Resepi Cili Jeruk Anti Kulat, Nak Segar Tahan Lama Jangan ‘Skip’ Langkah Ini
RESIPI LEMAK CILI API NANGKA MUDA DAN AYAM
Bahan-bahan:
- 1 biji nangka muda (rebus ¾ empuk, tambah garam)
- 1 ekor ayam (cincang kecil)
- Cili padi (ikut kepedasan)
- 1 inci halia
- 2 biji bawang besar
- 5-6 ulas bawang putih
- Sedikit kunyit basah/serbuk kunyit (semua bahan di atas diblender)
- 2 batang serai (dititik)
- 2 keping asam keping
- 1 biji santan kelapa segar dan 1 kotak santan Kara
Cara memasak:
1. Panaskan minyak, tumis serai dan bahan yang diblender hingga pecah minyak.
2. Masukkan ayam, gaul sebati, tambah air dan asam keping.
3. Setelah ayam masak, masukkan santan kelapa, garam, dan sedikit gula.
4. Masukkan nangka dan akhir sekali santan kotak. Masak hingga sebati.
5. Biarkan seketika sebelum dihidang untuk nangka menyerap rasa.
Tip:
Masak lemak ini lebih sedap dimakan selepas dibiarkan seketika. Anda juga boleh makan bersama sedikit kicap manis yang dituangkan ke atas nasi putih. Sedap sangat!
Selamat mencuba!
Sumber: Nor Haidah Md Said
Baca juga: Puding Mangga Susu Mudah Tanpa Pewarna, Lalu Di Tekak Terasa Sejuk Manis!