Categories: Informasi

“Terpaksa Redah Hujan”- Lelaki Luah Rasa Kecewa Peniaga Letak Meja & Kerusi Di Laluan Pejalanan Kaki

Segelintir pengusaha restoran dan pemilik premis masih berdegil dengan meletakkan barang dagangan serta peralatan berniaga mereka di luar premis sehingga menghalang laluan pejalan kaki.

Seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @boyezal, lelaki ini luah rasa kecewa apabila terpaksa meredah hujan kerana tidak dapat menggunakan laluan pejalanan kaki yang sudah dipenuhi meja dan kerusi.

Dia turut berasa kesal dan menyifatkan tindakan itu adalah tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan ke atas kemudahan awam.

“Kita pula kena redah hujan”

“Patut ke macam ini? Kerajaan buat untuk pejalan kaki. Sekarang kita pula kena redah hujan,” luahnya.

Pihak berkuasa juga boleh menyita kerusi dan meja kerana kesalahan halangan di tempat awam jika masih ada peniaga yang berdegil.

Perkara ini juga bukan pertama kali  berlaku, masih ramai peniaga di luar sana yang melakukan perkara yang sama. Oleh itu, semoga semua peniaga mengambil cakna  untuk tidak mengambil kesempatan pada kemudahan awam.

Lihat video penuh:

Baca juga: “Untung ke jual RM1?” – Netizen Persoal Peniaga Jual Nasi Lemak Murah Tepi Jalan

Baca juga: Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol

Wan N

Recent Posts

Resepi Sambal Tumis Udang Guna Pes Segera, Tak Perlu Renyah Untuk Makan Tengah Hari!

Resepi sambal tumis udang merupakan antara pilihan lauk yang sesuai untuk melengkapkan hidangan tengah hari…

1 hour ago

Resipi Ayam Bakar BBQ Guna Air Fryer, Perapan Manis Pedas Dengan Aroma Mixed Herbs Yang Menyelerakan!

Resepi ayam bakar BBQ antara hidangan yang mudah disediakan di rumah, lebih-lebih lagi kalau menggunakan…

2 hours ago

Resipi Putu Mayam, Helaian Halusnya Lembut & Sedap Dinikmati Bersama Kelapa Parut Serta Gula Melaka!

Resepi putu mayam homemade ini sesuai dicuba bagi yang menggemari kuih tradisional berasaskan tepung beras.…

2 hours ago

Resipi Nugget Ayam Homemade Dengan Brokoli, Cara Kreatif Selitkan Sayur Dalam Makanan Anak!

Nugget ayam antara makanan yang digemari kanak-kanak, tetapi tidak semestinya perlu bergantung pada produk sejuk…

4 hours ago

OhBulan! Paling Viral Online 2.0 Buka Undian Top 15, Ini Senarai Calon Bagi 9 Kategori

OhBulan Paling Viral Online 2.0 (OBPVO 2.0) kini membuka fasa undian Top 15 bermula 2…

20 hours ago

Mi Sup Campur Bebola, Resipi Ringkas Tapi Aroma Tumisannya Buat Tak Sabar Nak Makan!

Hujan-hujan begini memang terasa nikmat kalau dapat makan semangkuk mi sup panas-panas. Tambah pula bebola…

20 hours ago