Sejak semalam, telah tular di media sosial satu posting berkenaan dengan seorang pekerja kedai minuman Starbucks yang melakukan kebaikan kepada pelanggannya.

Video yang dimuat naik oleh pengguna TikTok dikenali sebagai angahazie888 ini telah mendapat perhatian ramai sehingga memperoleh lebih daripada 160 ribu tanda suka di laman sosial itu.

Menerusi video tersebut difahamkan pemilik akaun TikTok itu meminta seorang pekerja di kedai itu untuk mengisi sedikit air panas ke dalam botol untuk membacuh susu anaknya.

Apa yang mengharukan adalah apabila pekerja itu bukan sahaja mengisi air panas, namun dia juga turut membasuh botol itu sehingga bersih dan meletakkan air panas mengikut garis pada botol.

pekerja ini dipuji

Ternyata perkongsian yang dibuat telah mendapat perhatian ramai pihak terutamanya warganet. Rata-rata mereka telah memuji tindakan pekerja itu yang disifatkan sebagai seorang pekerja yang dedikasi dan melayan pelanggannya dengan baik.

Lihat video penuh:

@angahazie888

terbaik brother ni tq bang siap bsh kan botol air anak den…lokasi jalan pahang selepas bulatan pahang…#stubucks🤗

♬ PENANTIAN ARMADA – Sadvibes🥀

Kredit: TikTok @angahazie888

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN