nasi lemak

Menjadi keutamaan kepada sesebuah perniagaan akan mengejar keuntungan dan berusaha untuk memberikan produk dan perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan dengan pengeluaran modal yang rendah.

Ada juga sebahagian peniaga yang lebih suka menyelit sedikit kegiatan kebajikan dan mengetepikan keuntungan sebagai tujuan utama mereka dalam mengusahakan perniagaan tersendiri. Wah!

Baca juga: Hanya Minta Sedikit Air Panas Untuk Susu Anak, Pekerja Ini Dipuji Siap Tolong Basuh Botol

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang peniaga yang dilihat sangat baik hati dengan meletakkan harga makanan murah dan sangat jarang dibuat oleh peniaga lain pada zaman kini.

Peniaga jual nasi lemak RM1 sebungkus

Selalunya kita selalu lihat harga nasi lemak sekarang yang telah mencecah RM3 sebungkus di mana-mana gerai tepi jalan lebih-lebih lagi di kawasan ibu kota.

Tapi, korang pernah tahu tak ada juga peniaga yang masih meletakkan nasi lemak dengan harga RM1 sahaja?

Peniaga yang dikenali sebagai Bang Sudu atau nama sebenarnya Fazrie Haiqal telah mendapat perhatian netizen apabila dia berkongsi video di laman TikTok dan Twitter yang memaparkan tindakannya menjual nasi lemak RM1 di tepi jalan.

 

Dapat perhatian Khairul Aming juga!

Perkongsian aktiviti perniagaannya juga turut mendapat perhatian daripada beberapa pempengaruh seperti Khairul Aming yang sudi mencuba nasi lemaknya.

Lebih menarik, perniagaannya terus diserbu oleh orang ramai selepas Khairul Aming mencuba sendiri nasi lemaknya dan memuat naik di media sosial.

Netizen tanya dapat untung ke?

Rata-rata netizen ada juga yang bertanya mengenai penetapan harga nasi lemaknya yang terlalu murah untuk dijual pada zaman ini lebih-lebih lagi berlaku kenaikan harga barang di seluruh negara.

“Ada untung ke jual RM1 bang?”

Untuk menjawab persoalan itu, dia telah berkongsi sebuah hantaran mengenai tujuan utamanya meletakkan harga yang sebegitu rendah di laman Twitter baru-baru ini.


Min pun setuju apa yang peniaga ni cakap. Asalkan apa yang kita buat itu kita happy dah cukup memadai.

Masing-masing ada impian tersendiri, jadi tak boleh juga nak letakkan suatu perkara itu sama sahaja. Betul tak?

Resipi Popular

Artikel Popular

Video Terkini

Restoran Pilihan JJCM

Laura Medina Cafe

Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

Mari Makan

Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

Restoran Gegey (Shah Alam)

Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

RESTORAN PILIHAN